Pages

Saturday 16 May 2015

Double To Triple

Assalamualaikum..

Hai, amboi tajuk omputeh ajo kan. hiks itu hari update pasal dah jadi puan kan, sekarang ni dah jadi mak orang dah pulak dari sorang berdua, dari berdua dah bertiga pulak :)  sekarang aku dah 7 bulan. Rasa cepatnya lahai. Habis ar lepas ni semua entry nak di throwback. ngehngeh  :p


:: 161114 ::
Illustrator By : Nina Yusuf

Tarikh yang aku rasa sangat-sangat bermakna buat aku dan Uncle Wan :')Ye tarikh yang buat aku tukar status untuk kali kedua iaitu Ibu. Sampai sekarang aku tak tahu nak describekan perasaan aku macam mana  - _-'  teruja + gembira + takut eh! semua-semua lah yang ada huhu Syukur Alhamdulillah. Anugerah terindah buat kami. :)

Mula-mula tu tak tahu pun diri ni dah preggy kan. Tapi yang aku musykil tu setiap kali bau makanan mesti kecur air liur. Tambah lagi kalau lauk tu yang aku suka. Oke tak pe lah mungkin masa tu aku lapar sangat kot kan. hahah

Lagi yang aku tak tahan tiap kali makan mesti rasa mual or loya tu. Ish kalau ingat balik kan tak sanggup nak hadap semua alahan tu. huhu Eh tapi tu adalah rasa yang susah kita nak dapat kan syukur la dah dapat. hiks. 

Masa ni aku still lagi berjauhan dengan Uncle Wan walaupun kedua-dua majlis dah setel. Tapi memang aku dengan Uncle Wan dari dulu lagi yang bercinta jarak jauh ni jadi dah biasa lah. Cuma untuk yang ni rumah yang kami nak sewa tu owner dia tak bagi keputusan yang sebetulnya puas menunggunya. Yang aku ni cerita la dekat Uncle Wan pasal semua yang aku rasa tu, biasa lah buat report tapi memang dah terbiasa pun sebelum tidur must be on the phone tak pun msg je. huhu

Aku gitau apa yang aku rasa je dulu. Eh! tetiba esoknya dah terpacak kat Ganu depan umah hahahahah. Dia punya tak sabarrr tu lahaii sangat tau. Uncle Wan ni dia punya gelabah boleh tahan, yang aku ni boleh rilex lagi. Aku tak nak la beria sangat nantikan keciwa i cannot oke. So tiba-tiba jugak dia keluarkan UPT tu. aku dah ternganga hamboiii dah kenapa excited sangat ni cik abg oiii. haha. Masa yang dia keluarkan UPT tu malam jadi aku pujuk la kata yang seeloknya test UPT ni pagi esok subuh-subuh tu kan. So, oke la.

Zappppp.. pagi tu aku pulak yang excitednya. muahahahhaha. Eh haruslah! jadi tunggu punya tunggu it was positive :')
Syukur Alhamdulillah. Terus drama yang beremosi di pagi hari tau. Tapi aku ni jenis yang tak puas hati, betul ke UPT ni? Aku ambil keputusan untuk double check dekat klinik sakit puan. Doktor chek pun positive oh double triple happy sangat-sangat! Terima kasih Ya Allah :")

Dan semestinya orang pertama yang aku bagitahu mak ayah aku ler. muka manyakkk sinyumm itu Tok Mek dengan Tok Ayah. hikss! makin bertambah la family Pok Usop nanti. Lepas tu baru gitau dekat Atok dan Nenek dia kat Melaka pulak. Ye la masa tu aku dekat Ganu mesti mak dan ayah aku dulu yang tahu. iyo dok? hehe. Dan bermula lah kisah-kisah alahan aku. huwaa!! oh dan ada jugak cerita yang aku rasa takut kehilangan my anak ni.

Tapi nanti lah aku cerita di lain entry yer. 

Oke Tata dulu buat masa ni. :)

Semakin berkembang maju lah keluarga Pok Usop nanti :)








2 comments:

  1. dah 7 bulan? alhamdulillah

    semoga sis dipermudahkan. take care tau =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ecah : ish takuit la yunk debor nak menunggunya. hee oke tq ya! :)

      Delete