Pages

Friday 22 May 2015

Bila Kamu Berniaga

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua, semalam tengah intai-intai facebook kan ada la terjumpa satu cerita ni. Aku rasa macam menarik perhatian aku je. Jadi marilah kita kongsi dalam blog ni. Untuk renungan bersama. Untuk diri aku jugak. Banyak lagi kekurangan dalam diri ni kan. 

Al Kisah...............................  Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada dua orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan..

Bila Ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan Ayah. Cuma ada dua perkara Ayah nak pesan :

1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot, manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (Balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,

Si Ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot?
Jawab si adik : Saya ikut pesan Ayah.
Si Ibu : Apa Ayah mu pesan?
Jawab si Adik : Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran. Ayah pesan lagi, kalau berniaga jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana-mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana Ayah pesan.

Kemudian, si Ibu pergi berjumpa dengan si abang pula lalu bertanya.

Si Ibu : Wahai abang, Ibu lihat perniagaan mu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan?
Jawab si abang : Saya ikut pesan Ayah.
Si Ibu : Apa Ayah mu pesan?
Jawab si abang : Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi semua saya jual tunai. Maka tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan Ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai. Kedua, Ayah pesan jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu Subuh, saya tak tidur terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi saya tak kena matahari.


Itu kisah yang aku ada terbaca kat facebook semalam. Terima kasih pada yang telah share. InsyaAllah dengan cerita ni dapat kita ambil kebaikannya. Sama-sama lah kita perbaiki diri ini. Renung-renungkan selamat beramal heee peace yo. Y(^_^)Y
Sampai sini dulu di hari Jumaat yang mulia ni. 

Tata.

P/S : Copypastedarifacebookdakusendiri.























                                 

No comments:

Post a Comment