Monday, 18 May 2015

Pengalaman Mengandung : Alahan

Assalamualaikum..

Hey, nak cerita pasal alahan mengandung ni macam-macam ragam yang ibu-ibu mengandung kat luar sana rasa. Termasuklah aku. Sebelum ni bila tengok kakak or kak ipar yang kena, dalam fikiran masa tu just "alahai sianye" gitu je yang mampu aku ucap. MASA TU! ye masa tu itu je yang aku mampu ucap, dah kena dengan batang hidung sendiri ni huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!  :')  dia macam satu perasaan yang lain macam. huhuhu. Seksa tapi Alhamdulillah jugak sebab di antara insan-insan yang terpilih untuk merasa semua tu kan. hee. Tak pe lah Anak demimu ku telan jua. hewhew.

Jadi, bermula episod aku alahan adalah bila aku sendiri pun tak tahu yang aku mengandung. hahah sebab dia rasa kecur air liur tu lain macam. Bila dah tahu dia makin menjadi-jadi. Pakej pulak tu dengan loya sekali. Nasib baik tak ikut jejak Mak aku tau. Mak aku cakap kalau masa dia alahan dulu teruukkk oooooo.. dia punya alahan yang tak boleh bangun berminggu-minggu, keluar masuk hospital, berbotol-botol air yang dimasukkan dalam badan, yang tak boleh makan. Huuuuu sian Mak kita! :'( Haa baru ko tahu kan betapa gigihnya seorang ibu nak melalui proses tu semua. Maafkan segala kesilapan kita kat Mak ea! baru nak mintak maaf bagai. huhuhu Tapi aku tak macam tu time ngandung ni, even kakak-kakak aku pun tak macam tu time diorang mengandung. Syukur alhamdulillah. Semua alahan yang aku dapat tu tak de lah eruk sangat pun. Hee






Pertama macam bau makanan
Yang bau makanan ni macam menggoreng, menumis, bakar ikan, dan yang aku stress sekali adalah bau singgang ikan. huwaaa! kegemaran tuuuu. Ikan bakar pun kegemaran tu. Tambah lagi kalau ikan kembong kan. ermm dap. Makan dengan nasi putih je. Tapi time tu aku tak boleh, Masa ni aku tinggal dengan Mak aku lagi kat Kg. Kononya nak menambah selera makan la sebab berat aku turun kan. Jadi mak aku buat la lauk kegemaran ni semua. Last-last aku tengok kesemua tu dengan pandangan yang kebulur tahap tak ingat -_-' hanya mampu pandang dan lepas tu aku muntah balik. Seksa sangat. Dan masa tu jugak terus insaf kan diri, teringat-ingat time membazirkan makanan tu. Rasa macam dah hilang nikmat makan yang Allah bagi tu. Allah! besar sungguh ujian Dia.

Yang tak menahan tu bau apak dia pun boleh huhu
Bau Uncle Wan masa ni adalah bau yang sangat aku suka -..-' masalahnya bukan time dia pakai perfume tu semua tapi lepas dia balik kerja atau peluh-peluh tu semua yang agak mashammm tuuuu. Lahaaiii. Tapi kira oke la sebab jarak jauh lagi masa ni jadi dapat bau 'wangi' tu dua minggu sekali jela. hahahaha selamat!

Owh kalau emosi yang terlebih memang aku rasa aku juara masa ni. Janganlah baby nanti terlampau manja sudah. hee
Yang ni paling tak boleh blah sekali aku rasa. hahahhah air mata aku yang mudah sangat la nak keluarnya. Kalau tengok cerita sedih yang tak berapa sedih tu oke lagi. Itu normal la kan tapi yang dengar perkataan jer dah buat aku rasa sebak. Hoihh! apakah? hahah . Contoh la kata tengah tengok drama kan pelakon tu keluarkan kata-kata yang macam "terharu" , "sedih" dan seangkatan dengan sedih-sedih tu mesti aku menangis terus. yang pelakon tu steady lagi teran-teran sambil nak ambil mood nak nangis tu yang aku ni dah keluar air mata dah. Aku rasa kalau masa ni aku g interview pelakon air mata kompen dapat. hahahah itu belum lagi yang pelakon tu dah start menangis aku dah tersedu-sedu dah. Sensitif yang amat.

Alahan yang satu ni pun aku dapat iaitu gatal-gatal kat tangan lebih kepada pergelangan tangan je.
Ini bukan yang nak 'menggatal' tu ea. hahaha habis semua kat jari-jari aku ni haaa. cincin semua tu memang tok sah pakai la jadi tak selesa sangat. Kadang nak makan tu terpaksa pakai sudu. I is orang kampung oke kena makan pakai tangan baru rasa nikmat makan tu tambah lagi kalau ada ulam ermmm lagi sodap. Lagi satu rasa hilang nikmat yang Allah bagi tu -_-'
Dua-dua belah kiri kanan aku kena. Masa ni nak tengok tangan sendiri pun ish! gitu la haa. Masa ni jugak aku cuba tukar sabun mandi iaitu lifeboy. yang lemon punya tu. Alhamdulillah dia oke sikit la. Dekat tempat lain oke je.

Itu jela yang setakat aku alahan ni. Tak de teruk sangat pun, yang rasa teruk tu bila makan je keluar balik. itu yang seksa. Alahan aku ni pun tak lama, start preggy hingga 4 bulan je. Lepas tu beres =)
nikmat makan tu kembali menyerang ngehngeh. Berat aku sebelum mengandung 41.3kg dan Alhamdulillah makin naik dan naik lagi la.

Sekarang lebih kepada suka makan jenis mee, bihun, laksa pulak. Tak kira la goreng ke sup-sup ke memang tak kan tolak punya. Lagi satu aku suka sangat makan nasi kukus. Ermmmm dap nyeee. hahahah. Seronok sangat dapat merasa semua ni. Syukur alhamdulillah Terima kasih Allah! :)

Tata.

p/s : new update : berat sekarang dah 48kg for 30weeks :)






No comments:

Post a Comment