Pages

Friday 15 May 2015

Majlis Bertandang : Nina & Wan

Assalamualaikum..

Hai, majlis bersanding ni lagi la simple sangat-sangat aku dan Uncle Wan plan. Alhamdulillah semua cukup berjalan dengan lancar. :) dan dannn nampak tak yang dah tukar header baruuu hahahha sesaje nak bagitahu yang sekarang ada banyak masa yang terluang  -_-' tak kelakar! oke sambung..

Uncle Wan ni asal Melaka jadinya untuk tarikh yang sebelah dia pun kami ambil masa yang panjang sebab Ayah Uncle Wan tak berapa nak sihat sangat. hoihh jauh oke dari Melaka ke Terengganu. Lagipun majlis buat dekat rumah diorang sendiri. Senang katering datang setel-setel kan apa yang patut diorang je yang buat kan. 

:: 251014 ::

Kami bersetuju dengan tarikh ni. So, apa lagi terus gerak ke Melaka sebelum majlis tu. Kitaorang konvoi ramai-ramai syokk wooo hee. Dah la bawak bekal sampai hentian mana ntah aku lupa pulak, kitaorang berhenti makan. Orang tu bawak bekal lauk kari la, sayur kangkung la, eh macam-macam la kan. Kenyang  dapat jimat pun dapat. hee

Dalam pukul 9mlm kot kitaorang sampai homesstay yang Uncle Wan dah tempah. Ramai kot ada yang sesat la :'(  tapi dapat jugak Uncle Wan kejar. Dua buah rumah yang disewa, senang kan laki perempuan asing-asing tak de la yang perempuan ni asyik dengan tudung je kan. Tak selesa kot. Alhamdulillah semua boleh terima. Tapi masa family Uncle Wan datang Terengganu aku just sewa homestay satu biji je hee sebab family Uncle Wan datang tak ramai masa tu. :) 

So majlis esoknya tu dalam pukul 12.00Tengahari . Panas tok sah cerita ler. Tapi disebabkan aku ni berdebor sangat-sangat sampaikan tak rasa dah panas tu. hahah.


Cover-cover malu hoihh!! haha


Masa majlis ni makeup adalah kakak kepada kakak ipar aku. haha simple je. Atas permintaan Uncle Wan jugak dia cakap tak nak terlampau sangat baiklah! Isteri mithali sangat kan  :p
Baju tu semua aku tempah sendiri. Aku beli kain lace bagai tu semua pastu aku suruh anak sedara kakak ipar aku yang jahitkan atas apa yang aku nak. hahaha bagus tahu keluarga kakak ipar aku ni. Semua pekerjaan ada dalam family dia. heee. Lagipun memang kitaorang dah anggap family diorang pn dah macam family sendiri rapat je. Family diorang lagi ramai. Yang aku ni family kitaorang 8 orang pun rasa ramai dah campur anak-anak sedara semua tu. hihihi
Alhamdulillah di kelilingi orang-orang yang sayang family kitaorang :')

Itu yang pelik bila masuk family Uncle Wan diorang punya adik beradik 3 orang je. heee tapi sedara mara ramai la kan. Tak pe la janji dapat terima aku yang banyak nau kurangnya ni. huhu
oke sambung lagi. hahah so, majlis makan-makan pun dari katering dan lagi sekali aku lupa apa nama katering yang Uncle Wan tempah tu. Dari khemah hingga ke makan-makan diorang yang buat. setel. hahaha. Ni pun dari abg dia yang sulung lagi family mertua aku gunakan khidmat katering ni. So far Alhamdulillah semua puas hati. makan sedap. Tapi kan gulai rebung yang masak kuning tu pedasss gilerrrrrr!! memang aku ambil rasa dekat hujung lidah je tu pun terasa pedas dia. sebelum rasa Uncle Wan dah gitau pedas ni tapi aku punya nak rasa tu hambikk haa. huhu kata Melaka kan. hukhuk. 

Makan beradab

Masa ni baru duduk nak makan tapi ntah kenapa eah kitorang macam tu. hahha aku pun tak ingat kejadian masa ni. Dah berapa bulan Nina oii. hahahha ofkos aku tak ingat.
Yang makan dekat meja beradab ni akak sulung aku, mak, ayah dan bapak sedara aku iaitu adik laki ayah aku. Aku masa ni nak suruh Abg kedua aku yang duduk tapi mana ntah dia masa ni. So, panggil la bapa sedara aku ni. boleh la kan. huhu. 

Alhamdulillah majlis yang dekat Melaka ni pun setel dan lauk pauk pun cukup untuk tetamu dan sedara mara. :)
Gambar pun ini je yang mampu aku letak dekat blog. Hahah alashhhh ar nk edit. oke dah setel kedua-dua majlis. Alhamdulillah jugak akhirnya terlaksana impian aku nak masukan dalam blog ni.Impian sangat kan hee .Oke takat ni dulu.

Tata.





















No comments:

Post a Comment