Wednesday, 20 May 2015

Illustrasi Amir Khan

Assalamualaikum..

Update diri sendiri dengan Baby buat masa sekarang oke je. Tunggu masa je. Macam-macam pikir. Huhuhu. Tapi lebih kepada takut. ermmmm. InsyaAllah Allah permudahkan semuanya. 

Dah la cerita pasal preggy kan kita cerita pasal hindustan pulak tukar mood. Ngehngeh
Aku ni layan jugak hindustan tapi cerita yang ada hero aummm la. kahkahakh. Shahrukkhan ke, Amir khan ni ke.

Yang paling terkesan cerita Amir Khan ni 3 Idiot bagi aku la. Berapa kali tengok pun memang meleleh-leleh air mata aku. Sebab jalan cerita tu ada la jugak kena mengena dengan diri aku. Yang nak mengejar cita-cita tapi terhalang oleh beberapa faktor. Semua orang ada apa yang diimpikan cumanya atas kita je berani dengan tidak.

Yakin dengan tidak. Dan memang kena ada Mentor untuk bagi dorongan supaya cita-cita kita tu tak berhenti di tengah jalan. Sambil tu jadikan orang yang dah berjaya tu sebagai motivasi kepada diri kita untuk jadi macam dia jugak.

Tapi jangan cuba untuk menjatuhkan orang tu. Kita ambil sebagai motivasi dan inspirasi untuk diri kita supaya kita ni berjaya jugak. Boleh buat macam dia jugak. :) Gituuu. Eh bermotivasi pulak kita hari ni. muehehe

Ni hah illus AK.


Maaflah tangan tu malas pulak nak tracekan. hee. yang penting muka tuu. :p

Tata.




No comments:

Post a Comment