Pages

Thursday 14 May 2015

Cik Vs Puan :')

Assalamualaikum..

Ola kembali bersiaran di blog setelah internet buat hal. Itu hari lappy primadona merah aku ni hukhuk. oke sambung berblog, kan aku dah kata lain tahun pulak aku update blog ni, hahahah eh lantakkan ler. Seperti yang aku cakap lah macam mana pun blog ni tetap ada dan tak de sebab aku nak delete, saja untuk tatapan diri sendiri dan mungkin pada masa-masa akan datang kita tak tahu kan. anak cucu nak tahu perihal nenek dia ni ke. hihihi.

So, back to the tajuk. Selepas kejadian yang merisik + bertunang ni kami ke fasa yang seterusnya lah kan majlis kahwin. hoiihh nak ke sampai tahap ni memang mencabar fizikal dan minda lah. Tapi, atas niat kesabaran tu alhamdulillah semua kedua-dua majlis settle la.

:: 140914

Dengan sekali lafaz sahaja aku sah menjadi isteri kepada Safwan Sabtu :'(


Tarikh yang aku rasa cun sebenarnya tak plan pun dengan tarikh tu sebab nak dapat tarikh pun da satu hal yela dah melibatkan kedua-dua belah keluarga kan tak boleh aku nak ikut family aku je kene tengok gak fmily Uncle Wan macam mana kan. Dalam dua kali tarikh jugak la tukar-tukar tu. At last kedua-dua belah keluarga setuju untuk tarikh 14 ni. Aku on je tapi tak terpikir pulak yang macam gituuu. 14 diapit dengan 09 heheh. Dah buat kad semua baru perasan. Oh! kad kawen aku dengan Uncle Wan ni pun design Syarikat yang aku keje dulu la. Sponsor By :

Kad Kahwin : Sponsor By : CheerfullEnterprise
Bunting 2' x 5' : Sponsor By : CheerfullEnterprise
Tanda Arah A3 : Sponsor By : CheerfullEnterprise

Alhamdulillah rezeki ;'). Terima kasih bos, abg Jey dan semua-semua yang terlibat la untuk menyiapkan hasil projek kahwin aku tu. Semua aku berpuas hati lagipun aku dapat pantau design tu macam mana tapi aku percaya dengan bro yang tolong design kan kad aku ni. memang superb ar. Sekali je aku tengok pastu tengok-tengok yang dah siap terus oke proceed gituuuuu. hehe. Aku jenis yang simple je.
Sedap kat mata aku, sedap kat mata Ucle Wan beres. Tapi yang penting kad kahwin dan tema dia aku pilih merah putih. Semua kat tempat kerja tahu kot aku gila merah. hahah Tup-tup bila aku suruh Abg jey yang design terus warna merah menjadi pilihan dia. terkejut kita. hee bukan tak nak buat sendiri tapi macam nak dari yang lain kan. kalau aku yang buat sendiri comfirm akan banyak adjust punya. sendiri buat sendiri tak puas hati acano tuu? haa kan baik kita suruh orang lain yang buat.  Kan untung kerja printing sonang haaa.Hikhikhik. 

Simple majlis je aku buat. Asal sah iyo dok? hee.
Dan yang penting family aku buat ni pun just buat majlis kesyukuran lebih kepada meraikan tetamu la gitu. Alhamdulillah makanan pun cukup untuk tetamu, sedara mara semua. Alhamdulillah sangat-sangat. Syukur. itu yang penting. hee. Makan-makan kat rumah aku jenis macam rewang tau. Dari akak aku yang suluing hingga aku ni yang ke 7 :') still lagi kitaorang buat kaedah rewang. Sedara mara dan jiran tolong buat apa yang patut. Seronok sangat. Kadang-kadang sedara yang tak berapa nak rapat pun jadi rapat. gituuu. hee. 

Oh! pelamin + makeup aku amek dengan Kak Sha. tpi lupa pulak apa nama dia punya instagram huhu maafkan patik. Sebabnya memang dari akak aku lagi guna khidmat Kak Sha ni. Time sepupu aku pun sama dia jugak. jadi just aku contact dia melalui akak aku je. huhu. Malas la pulak nak mintak no. fon kan nanti la kalau aku teringat aku masukan kat Blog ni. hee
So far Alhamdulillah aku berpuas hati dengan makeup dan pelamin yang team Kak Sha sediakan. 
Semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.



Dah setel moh bergambar. Terus pegang tangan apakah???? bahaha




Terima Kasih dari kami untuk semua yang terlibat.
Doa-doakan kami bahagia dan dapat menempuh alam rumah tangga ini hingga ke Jannah. :'(
Walaupun cerita dah basi sembilan bulan berlalu baru nak update. kahkahkah. Tapi gambar ini je yang mampu aku edit kan. eh malas pulak nak mengedit satu-satu gambarnyer. hahah.

Oke la nanti sambung untuk majlis bertandang pulak yer. Harap makin semangat aku update lepas ni. hee.

Tata. 










No comments:

Post a Comment