Friday, 6 November 2015

Pengalaman bersalin anak pertama part 2

Assalamualaikum..

Ada part-part bagai ni hahaa aku pn tak tahu nak letak tajuk apa. Senang letak je part by part tu. So sambung yang baby da keluar tu aku cium baby tu panas je dia :') Syukur alhamdulillah. Tak tahu nak  kata apa tu je yang mampu betapa besar kuasa Dia. 

Nurse g bersihkan baby tu. Aku still lagi stay kat katil tu diorg nak cuci semua tu. Aku siap tanya lagi banyak tak luka tu. Nurse tu ckp bagus la awk tak de luka pn :)))) snyuman terus terukir di bibirku sampai ke telinga kekekek. Alhamdulillah skali lagi. Da bersih. Aku dibiarkan berehat kejap nanti diorg akan dtg bagi air milo suam nga biskut bagi tenaga sikit. Lama jgak la duk termenung dalam tu tak boleh pejam mata. Tak sabar nk tgk baby hee. 

Tiba-tiba dtg sorang nurse ni bwak bby :') oloooooo. Nurse tu kata bagi susu kat baby. ??????? Masa ni da cuak sbb tak reti nak bagi masa baring. Nurse tu cepat je ajarkan sbb baby da nangis. Dapat terus senyap. Lapar lettew. Heee

Tapi kejap je nurse tu ambil balik sebab dia nak cucuk kat bahu tu. Oke je. Sementara baby tgh cucuk  aku kena tukar baju untuk ke wad. Baju labour room lain. Untuk wad lain. Ooooo gituuu. Heee siap semua terus diorg tolak masuk wad. Tapi masa ni aku gitau kat nurse tu nak bagi uri ni kat mak aku. Mak aku mmg ad je setia menunggu kat luar. Oh mak terima ksh. :) kita da jadi mak ! Hee

So org kedua yg tgk baby adalah Tok Mek dia. Yang pertama Papa ye. Siap semua terus ambil gambar dulu kat group wssap famly nk tgk org baru ni ha. Sebab lepas aku masuk wad diorg tak boleh teman. Tapi kalau malam boleh tu pn perempuan sahaja. Mmg Tok Mek la yang jadi mangsa tu hee. Terima ksh Tok Mek muacch! :p

First diorg dapat gambar tu " ooo ikut belah Melakau ni , hidung pn belah Melaka" oke baiklah kita ngaku hidung kita kembang Setaman. :p *syukurlah ada hidung*

Malam tu ditemani mak kita. Esoknya baby da kencing and berak terus boleh keluar wad tapi baby ni lambat pula nak kencing and berak ni. Aku da risau takut kuning kan.. Alhamdulillah Allah permudahkan segala  Urusan. Pukul 1tghari macam tu da boleh keluar.
Suka sgt. Eh suka tak suka la lepas tu bermula lah episod berpantang plus tak cukup tido ni. Hee
Itu je kisah dan pengalaman aku. Lain org lain pengalaman dia. Yang mommy to be tu jgn takut doa bnyak2 moga Allah permudah urusan kita semua. Amin :)

Apa yang aku amalkan masa mengandung solat yang wajib tu jgn tinggal lah kan. Pastu buat solat  hajat lepas solat fardhu tu tiap2 hari tapi ikut kemampuan lah kan kalau tak larat jangan paksa la. Hee mintak nga Allah mudah nk bersalin. Mintak ampun nga suami, mak, ayah, family, kawan2 semua lah. Baca surah yang patut baca.  Doa bnyak2. Itu la yang kerap aku amalkan yang lain pn ada tapi yang lebih sikit la heee. Alhamdulilah Allah mudahkan. 

 So Nama baby hasil pencarian yang singkat tak sangka nak keluar  awal ni. Muhammad Syauqi Najwan bin Safwan *kerinduanku kemenanganku*  InsyaAllah.

Oke la kita stop sini dlu. Tata. Gambar baby di lain entry ler ni pn pakai phone. Hee. 

Thursday, 5 November 2015

Pengalaman bersalin anak pertama

Assalamualaikum..

Hai ols. Macam tak de org je ni hee. Nak bagitahu kita da bersalin Alhamdulillah pada 12 Julai 2015 jam 6.50pg selamat melahirkan baby boy seberat 2.48kg. Baby da tiga bulan lebih. Hahahha baru beriya nak update blog. Eh tak kisah la kan blogger sendu macam i memang macam ni. Al kisah macam ni cerita dia..........

: 11 Julai 2015 :

Malam tu aku rasa sakit perut tapi bukan sakit yang contraction tu tapi sakit perut yang macam nak membuang. Ada la dua tiga kali aku masuk tandas tu tapi rasa sakit da lain macam. Terus kejut Uncle wan gitau sakit perut tapi aku cakap la sakit perut nak membuang tu Uncle wan kata oke la tu. Hoihh!! Hahah dia mamai-mamai lagi sebab baru sampai kg mlm tu. Penat lagi. So aku tengok jam pukul 3lbh pagi. Nak kejut mak aku kesian lak jap lagi nak bangun sahur lgipun aku sakit perut nak mmbuang je pn. Aku bia kan dlu dalam pukul 4 stgh macam tu aku g dapur sbb biasa mak aku bangun waktu tu. Terus gitau yang macam aku gitau kat Uncle wan tu. Tapi masa ni aku ulang alek ke tandas lagi. Pukul 5 tu sakit tu rasa lain dah rasa mengeras tu. Aku konpius lagi ni ke rasa contraction??? Huhuhu masa ni semua orang da bngun nak sahur. Aku rasa sakit dia tu selang lima minit macam tu. Mak aku cakap betul da tu nak bersalin da tu. Tapi aku biarkan diorg makan dlu. Yang aku tok sah kata la mmg tak de selera nak mkn da. Tapi ayah kita suruh kita minum air milo sikit :( oh ayah terima ksh. Huhuhu tapi mmg ak minum seteguk je.

Kemas apa yang patut lagipn beg baby nga aku pnya da prepare awal2 da. Angkut masuk kereta je. Sepatutnya mmg da sedia dalam kereta tapi disebabkn aku nga Uncle Wan still lagi jauh aku kat kampung Uncle Wan keje tapi kene sediakan siap2. Yang sentiasa ada nga suami tu letak je dalam kereta siap2. Aku cuba secool yang boleh walaupun sakit dia tu datang. Bila rasa contraction tu ak tunduk sikit. Sambil usap usap perut tu. ;(  yang pergi aku mak dan Uncle wan je. Masa dalam kereta pun sakit contraction tu still lagi selang lima minit gitu.

Sampai hospital terus ke wad bersalin nga mak aku Uncle Wan g park kereta. Masa ni kene bawak buku merah nga kad pengenalan kita. Masuk je nurse tanya sakit macam mna, ada tanda apa2 tak? Aku gitau aku sakit perut je. Lepas tu kita diorang suruh tukar baju dlu. Warna pink hee. Siap tukar kena timbang masa ni berat aku da 46kg. Da turun. Mgkin keluar masuk tandas tadi kot. Huhuhu siap trus baring atas katil di satu sudut ni untuk check CTG baby. Tapi masa ni dia pnya sakit contraction tu rasa nak cabut semua wayar dan CTG kat perut tu. Masa ni boleh sebut Allah Allah je. Aku dtg mmg tak de tanda apa pn. Keluar air pun tak, keluar darah pn tak.

Dah la sejuk, aku gitau kat nurse yang aku sejuk. Nurse tu terus buka langsir tu bagi kurang sikit sejuk tu. Aku ni pratiiii je nurse tu, apasal la dia tak off kan terus aircond tu sejukkkkk la huhuhu. Sampai satu tahap tu rasa sakit dan aku rasa ada air keluar. Masa ni nurse dtg nak check jalan. Tak sakit pn. Bagi aku la mngkin aku rasa sakit contraction lagi  kot pastu igt apa yang aku baca, masa nurse check tu tarik nafas dalam2 kurang sikit rasa sakit InsyaAllah . Tgk ada darah mknanya darah da keluar. Nurse tu terus suruh aku tukar Katil.

Masuk labour room tu. Masa ni pagi aku rasa aku sorang je dalam tu. Pastu syukur alhamdulillah sgt, Semua nurse dalam ni adalah perempuan. :) Allah rasa syukur sgt lah. Rasa lega sgt2. Masa nurse tu check jalan tu ye kata da 7cm ptt la rasa sakit sgt td.. Masa dalam labour room tu sempat baca doa nabi Nuh tu. Baca je. Tiba2 rasa mngeras tu kuat sgt. Dan sakit sgt2. Aku da tak boleh duduk diam da masa ni. Nurse dtg check jln lagi ye kata da 10cm da kalau rasa contraction tu dtg teran je.

Oke. Teran tak jugak keluar. Masa ni da tak igt tarik nafas dalam ke pendek ke mmg tak igt langsung. Huhuu. Pastu aku ni trtnggu tnggu mna Uncle Wan ni? Rupanya dia g solat subuh. Sebelum dia msuk tu adalah dua tiga kali aku teran tapi tak berjaya.

Oh ye aku nak bgtahu aku tak sempat pun telan ubat selusuh tu. Minyak pn kitorg tak buat. Siap nurse tu tnya aku ada ambil ubat selusuh ke tak.

Oke sambung bab teran hahahha.. Lpas je Uncle Wan dtg trus rasa semngat. Dia usap2 kepala aku selawat kt telinga ni ;( masa ni aku pegang cadar ye tak igt lansung kena pegang pergelangan kaki tu. Nasib baik nurse yg tolong igtkn. Baru aku rsa selesa. Hewhew.

Bila Uncle Wan kata da nmpak kepala dia terus teran sekuat hati. ;) yg nurse pulak tak habis2 puji kata aku pandai teran. Saja lettew nk bg kita semngat hee. Bila keluar je  baby aku blurrr. Bunyi bby nangis.  Bila letak je atas dada aku terus senyap dia. Allah je tahu persaan masa tu. Syukur Alhamdulillah. Masa Uncle Wan azan air mata ni keluar je. Sedih. Gembira. Tak percaya semua ada.
;) sepatutnya due aku 18 Julai tapi keluar awal lak. Mgkin dia tggu papa dia balik malaysia ni. Heee

Panjang pulak entry ni. Kita stop dulu la untuk proses yg seterusnya. Hee. Dak kecik ni bangun da.
Oke tata.