Pages

Saturday 3 December 2016

Sembang kosong

Assalamualaikum..

Lamanya tak update blog nih. Last hari tu pasal Ramadhan al mubarak. Kihkih
Nak masuk tahun baru dah kita ni kn. Muhammad Syauqi Najwan pn dah 1 tahun 5 bulan. Rasa baru je beranak kan dia biasa la mak-mak punya perangai kn memang macam ni. Rasa kejap lah, rasa anak dah remaja sangat lah, macam-macam lah. Alhamdulillah sihat je anakanda sorang ni. Lasak dia makin menjadi-jadi. Apa yang kita makan itulah yang dia nak jugak. Perangai kn sebijik papa haha papa jugak yang disebijikan. 

Takde apa nak diceritakan pun. Kehidupan surirumah yang berjaya kan kisah dia biasa-biasa jelah. Hahaha. Anak dulu yang dikisahkan suami jatuh no 2. Boleh? Tapiiii syurga isteri tetap di bawah kaki suami. Gituuu. 

Rindunyaa kat kampung. Musim tengkujuh macam ni lagi rindu. Tengok air banjir . Kita tengok je ok  dah remaja senja dan anak sorang ni haruslah tengok je. Dolu- dolu boleh la kau nak berenag kuak lentang ke kupu-kupu ke silakan lah. Haahhah. Tapi time banjir ni jgak lah yang aku akan skip kerja satu atau dua hari. Kata banjir kannnn.. muahahaha. 

Besar harapan aku minggu depan nak balik kampung ni, tak de lah jalan ditutup ke air banjir da naik paras-paras hidung ke. Uish pikir-pikir kan seram pulak. Harap oke lah. 

Update satu entry ni pn da tertangguh- tangguh. Haha sibok bebenor bunyinya. Anak sorang je ni, macam mana lah yang dua tiga orang kecik-kecik tuh kan. Salute springgg lah kat mommy-mommy tuh. Kental. 

Selalu update dekat instagram je  lebih. Hee situ senang mudah dan tangkas. Kahkah. 
Oke gerak dulu lah. Tata

Monday 6 June 2016

Selamat datang ramadhan 2016

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan tahun ni, bertiga. Kalau dulu masa kerja design, sibuk masing-masing nak design pasal ramadhan. Tengok sapa punya yang paling cun tapi simple. Huhuhu. Pastu sibuk upload kat fb, ig dan ofkos blog. 

Sebenarnya blog aku nih tak ada gambar sebab aku menaip pakai phone je. Lappy aku tak boleh nak on hukhuk. Dah suruh Uncle Wan baiki, paham-paham aje lah kena suruh pat belas juta kali baru siap aku punya laptop tu. Jadi, kita menaip ikut suka yang nak diceritakan jelah ea. heeee.

Sekarang baru nak feel puasa sebenar sebagai seorang isteri. Maksud aku kat sini adalah, yang kena kunci jam 2 3 kali bunyi baru nak bangun tu, panaskan lauk, kejut suami bangun dan aku rasa mungkin si kecik tu pun turut serta nanti. 😏 Puasa tahun lepas, aku mengandungkan Syauqi. Lepastu Uncle Wan pulak keja di luar kawasan masa tu hahaha jadi aku kena puasa dekat kampung la. Uncle Wan nun di sana ketja, balik pn 2 minggu sekali macam tu. Tak berapa nak feel sangat la puasa walaupun dah kahwin. Gituuu hehe. Puasa tu puasa la tapi konon-konon nak bangun panaskan lauk semua tu la. Cehhh. 

Aku dari dulu memang tak suka kunci jam. Tapi sebelum tidur tu dh kata nanti kan nak bangun pukul berapa. Kadang tepat pada waktunya kadang terlajak pn ada. Tidur tu macam jaga-jaga jugak la. aku dah suruh Uncle Wan yang kunci jam, kan nanti bunyi dia kejut je aku. Hahahha boleh macam tu? Janji aku tak dengar bunyi alarm yang super dasyat tu, kang set alarm tu bunyi perlahan tak bangun sahur pulak. Jadi yang tu kita serahkan pada Uncle Wan. Kahkahkah.

Entah macam mana puasa tahun ni dengan Si kecik ni lagi. Yang pasti mesti meriah meja makan aku walaupun bertiga je. Huhuhu. Syauqi sekarang dah nak makan sendiri. Apa yang kitaorang makan mesti dia pun nak jugak. 😩 
Tapi kadang aku denga Uncle Wan gelak je 🙄 Dah tak tahu nak buat apa. Hahahha. Sabooor ajelah nak oiii. 

Harap tahun ni ramadhan kita semua dalam rahmat Allah. InsyaAllah. 😊
Sape-sape yang order untyk susu khalish sila whatsapp ye. 010 432 2931.
 Puasa ni elok lah minum boleh dijadikan makanan tambahan. InsyaAllah tak rasa lapar sepanjang hari walaupun puasa. So jangan malu jangan segan, whatsapp kita yer. 

Selamat berpuasa semua. ☺️ 
Tata.

Wednesday 25 May 2016

Susu Kambing Khalish

Assalamualaikum...

Ya allah lama betul la daku tak menaip kat sini. Last entry pasal bersalinkN anak pertama hahah. Lepastu tetiba je up entry baru bercerita pasal susu kambing khalish pulak hikhik. kisahnye pasal anakanda Syauqi la ni, dah 10 bulan dia bulan ni. 

Cepat sangat masa berlalu, tak sedar langsung dan tetap tak percaya da jadi mak-mak dah aku ni. Bila dapat tengok anak membesar depan mata Alhamdulillah sangat. Ada tu yang tak dapat nak jaga sendiri disebabkan oleh halangan kerja kan. Ramai je kawan-kawan aku yang kerja "bestnyeeee  dapat duk kat rumah". " Bestyeeee dapat jaga anak sendiri kat rumah". Yup, paham sangat dengan perasaan seorang Ibu, Mommy, Emak, Bonda dan yang seangkatan dengannya lah kan. Nak tengok perkembangan anak tu depan-depan mata. Tapi, ada je yang hina kerja surirumah ni. Alahaiiii remuk hati mak nak. Hahahha. Kecewa betul dengan manusia-manusiA yang sebegini.

Tok sah duk cerita hal sedih lah eh. Oke meh sambung pasal anakanda Syauqi ni. Ada la satu hari ni dia demam teruk, panas dia 39 darjah. Aku jadi macam blur kejap, tak tahu nak buat apa. Nasib baik apaknya ada, terus la bawak p hospital. Dah sampai tu doktor yang merawat tu mintak nak ambil darah, sebab sekarang banyak sangat kes denggi ni. 

Siap checkup semua, alhamdulillah tak kena denggi tu, cumaaaaa darah merah dia kurang zat. Sekali lagi aku blur hahahha. Banyak sangat kena belajar pasal anak-anak ni. Salah aku. 😩 
Yes Syauqi sepenuhnya susu badan. Doktor yang check tu bagitahu dah boleh start bagi susu formula  dekat Syauqi, disebabkan keadaan dia tu. Lagipun susu aku pun kurang. Jadi, aku dan Uncle Wan ni cuba la beli susu formula ni. Dah macam-macam susu aku bagi, dah tukar berkali-kali botol susu tu tapi tetap tak jadi. Tapiii Alhamdulillah dengan susu kambing khalish ni dia minum walaupun   amaun dia tak banyak, syukur dia nak minum jugak.

Dan bagi ibu yang menyusu ni, memang boleh cuba jugak sebab dia memperbanyakkan lagi susu Ibu. Bagi Ibu-Ibu yang kurang susu badan, boleh. Memang disyor sangat-sangat. Sebab aku guna jugak. Alhamdulillah cukup untuk Syauqi. 

Ibu mesti bagi yang terbaik untuk anak-anaknya kan. InsyaAllah dengan susu kambing khalish ni dapat membantu semua tu. Bukan anak je dapat khasiat, ibu pun dapat. ..

Susu kambing khalish ni ada dua perisa iaitu susu kambing asli (seratus peratus susu kambing), satu lagi susu kambing coklat kurma (coklat dan kurma). Memang tak berbau hamis langsung. Sedap je😋😋 heee. 

Harga sekotak : RM44(SM) / RM50(SS) 
Apa-apa nak tanya, nak order ke boleh whatsapp kita 
010 432 2931 nina yusuf 

Oke tata :)