Wednesday, 11 December 2013

My 'E' Day..


Assalamualaikum..

hai...
Jap, aku  nak ingatkan, ini adalah entry yang dah basi okey haih!! huhuhu
E day lah sangat kan? hahaha. Sebenarnya malu nak buat entry ni tapi untuk kenangan bila dah tua-tua nanti, kang senang anak cucu tanya, aku suruh je diorang pi tengok kat blog ni haaa gitu.Pemalas punya nenek kan?hahah 

Sebenar plannya dah lama.. first bincang, hari raya puasa, tapi tak jadi then, bulan 9 kot punnn tak jadi...aku masa tu agak kacau, gila tak sabar mihimihi gelak sopan sangat.
Tunggu punya tunggu tibalah masanya pada 17.11.2013 tarikh yang ditetapkan dan dititik noktahkan oleh kedua belah pihak. Tapi takut gak. Takut banjir. Tapi Alhamdulillah oke je semuanya. Cuaca tersangat lah elok. Owh sementara tu Doa-doakan semoga mangsa-mangsa banjir semuanya selamat hendaknya dan tabah hadapii dugaan itu. Amin.

Oke sambung... =)
Yang Uncle Wan ni sibok je dia..

Uw: perasan tak tarikh kita tu
Aku: ermmm tak kenapa? sebenarnya dah perasaan hahah saje nak tengok uncle wan macam mana
Uw: macam tu jerrr... muka masham

poyo tak poyo kan..nyampssss..tapii aku layankan jugak -,-
sebenarnya nombor tu ada kaitan dengan kitaorang..aku punya beday 11.3
Uncle Wan punya 17.3 tak ke sama nombor tu.
 Boleh la kan..hee..



Nasib baik aku dah beli baju untuk majlis tu, bukan apa kebetulan dah ada kat KL itu hari jomlah kita membelinya dah berkenan terus aku merembatnya Uncle Wan pun sama..yang baju da setel untuk makeup lak problem, masa tu aku agak cuak jugak la untuk  makeup sebab aku tak nak ambil mak andam tak nak beria sangat la kononya, nak touch up sendiri idok la ku ketahuinya huhuh.. tapi xnk yang terlampau sebab tunang jew kan lagipun Uncle Wan ni tak suka sangat kita makeup tebal-tebal seramm katanya..nak cakapp tak lawa la tu kan..beraniii diaaa... -,-


Gambar atas sekali tu just mak aku dan mak Uncle Wan je ayah-ayah tak nak..hee.. tak pe kita bergambar mana yang nak..kikiki yang lain semua saudara mara aku.



Berdebar-debar time ni tapiiii..sukaaaaaaaa.. wee  > _<

Tetapiii..Alhamdulillah sangat-sangat kepada my kupu-kupu a.k.a sepupu kita ni haaaa Ummi. Dalam pikiran tu memang nak suruh Ummi jew makeup kan dan nasib baik dia oke je. Tapi masa tu dia tengah tunggu untuk sambung study, kot-kot dah janji kang dia dapat sambung aku yang kat sini meraung tak pasal-pasal..hahah melampau sangat nih. Nasib baik la dia punya study tu lanjut ke tahun hadapan. Kos penulisan oke. hee oke done untuk mu.


Ini adalah kawan-kawan aku yang dari sekolah Menengah lagi da hampir 12 tahun kawan berani diorang tak datang.. =) ini pun ada yang tertinggal, tak mengapa daku memahami semua dah ada kerjaya kan..thnks u olls sudi datang kat majlis yang sederhana ini.. sayang korang.!! Lela, Aja, Ckin, dan Achik, Sarah..yang dua ni tak dapat datang.. hee

Yang untuk hantaran pulak, 3-5 je, eh tiba-tiba yang mak Uncle Wan nak tambahkan lagi 2 dulang. Olololo cumilll sangat future mother in-law kita ni kan hihhihi. so jadinya 5-6 termasuk cincin. Aku ada gak tanya mak aku tak pe ke macam tu kalau ikut adat nenek kita dulu-dulu kan tak boleh, mesti kene lebihkan jugak kan. Tapi itu adat saja, tidak mengapa kalau tidak mengikutinya. Bagi yang sesiapa  nak mengikutinya pun tidak mengapa dan tidak menjadi kesalahan. ^,^




Belah aku..

Gubahan semuanya aku serahkan pada yang pakar tidak lain tidak bukan akak ipar aku k'na. Very the creative women. Up akak ipar sendiri sikit. huhuhu
Syukur sangat semuanya tidak mengeluarkan modal yang banyak. Just untuk barang-barang atas dulang n untuk hiasan tu je. Itu pun mengikut bajet yang di plan. Good. Untuk belah aku nga Uncle Wan sama jew barang dia. Aku tambahkan tuala dan baju melayu sahaja. Uncle Wan pun sama, baju kurung pasang dan tuala dan yang lain buah, kek, dan coklat. Simple je. Tunang je kan. heeee... Eh lupa cup cake aku punya nii pun my sepupu, Erah yang buat. Untungya ada sepupu-sepupu yang serba berkebolehan nih. Sepupu aku yang ni memang belajar untuk cake dulu, sekarang pun still lagi buat kalau ada yang menempah.




Belah Uncle Wan..

Ni pun Uncle Wan kata mak dia yang gubahkan.. =)

Untuk pelamin, eh jap aku sebenarnya selesa untuk dipanggil tirai je sebab yang ni pun kitaorang adik beradik yang hias sendiri. Tapiiii ...aku up next entry la ye.heee..ada keje sikit.

Oke tata...

^,^







 


2 comments:

  1. Saspen nk bc bab pelamin tuh.he2. Seronok tgk org nk tunang, kawen.
    Time akk dulu simple2 je mjlis tunang. :)

    ReplyDelete
  2. ishh, ni pun biasa-biasa jew kak. buat yang mampu jew. heee.. =)

    ReplyDelete