Friday, 13 December 2013

Apa perasaan lepas bertunang?


Assalamualaikum..

Amboi la kawan-kawan aku nih ingat kan nanti kahwin baru ada soalan-soalan cenggini (- _ -)'
hee. Terkedu bila diorang tanya sedih pun iye jugak kan. Ko dah kenapa Nina?hahah
bukan apa kalau nak kata gembira... gilosss tak gembira kan, hari bahagia kot selangkah saja lagi kan.

Alhamdulillah sangat-sangat. Selesai satu ujian.

Aku punya perasaan sama saja cuma gembira dan excited tu je ada lebih sikit. hee..gatal!
Sebenarnya sama je, sebab aku ngan Uncle Wan nih cara kitorang bercinta cintun berbeza dengan orang lain. Maksud aku kat sini ialah aku ngan Uncle Wan bercinta jarak jauh :( hukksss!
Mungkin ada yang sama kan? Sape-sape sama macam kita meh sep sikit.hee..

So, bila dah habis majlis Uncle Wan terus drop balik Melaka. Tapi Uncle Wan keje kat KL mari. Itu yang terpaksa stay sini 1 malam saja. Ada keje. soobbsss..

Seingat aku last aku jumpa Uncle Wan masa kitorang konvo itu hari. Aku konvo tahun 2012. bulan bape eh tak ingat lak. Kira jumpa balik masa tunang itu hari je la. Hoihhh!! sedeyy..hahahah.
Itu yang sedih tu. poyoosss. Sama je persaan bila dah tunang kembali pada asal.

Pagi g keje , petang balik, tido. Tapi yang menghubungkan kami adalah telefon!
Yessss. Perlu sangat-sangat. Bagi kami la. Kitaorang akan report.
Bila malam menjelma sebelom tido tu kitaorang bercakap-cakap apa cite hari, kat tempat keje macam mana? makan apa hari ni. Gituuu la.

Mungkin ada sesetengah yang ish! rimas kot macam tu?
Tapi bagi aku , tu je yang mampu aku nga Uncle Wan berasa dekat. Kira jauh macam mana pun kitaorang tetap kenal hati budi masing-msing, tahu bila aku marah, tahu bila Uncle Wan terasa hati kew..Macam tu lah aku jaga hubungan tu.

Nak-nak sekarang nih, dah jadi tunang pun, jadi kitaorang cuba untuk memahami diantara satu sama lain.
Dan aku cuba untuk tidak meragui Uncle Wan dan macam tu jugaklah Uncle Wan.

Trust each others!!

Penting sangat-sangat. even ada yang bercinta jarak dekat kew. Perlu untuk percaya once korang dah  tak percaya kat pasangan tu habisss! secara automatikkli hee.. semua kasih sayang, cinta tu makin lama makin kurang. kan? so, nak percaya tu pun pasangan tu perlulah ada kejujurn kan barulah together-gether benda tu bergabung dan menjadi satu..ayaaaattttt..hahahaha
eh betul lah. Ni nak cite pengalamn aku. Cinta jrak jauh.

Mula-mula pun susah aku nak terima cara kami bercinta ni, gaduh - baik -baik -gaduh! gituuu la ..
Tapi sorang kena beralah dan bagitahu apa yang tak kena, dari situ kita boleh perbaiki kelemahan kita dan pasangan kita kan.
Bila masing-masing dah tahu oooo, pasangan kita tak boleh macam ni, dia kena macam ni. gituuuu la. Makin lama makin oke la. Tapi aku pun tak tahu lagi masa akan datang macam mana harap semua oke je. Bukan lah aku ni pakar dalam bab cinta ke rumah tangga ke. 

Sebab aku tak melaluinya lagi, tapi itu cara kami jaga hubungan kami. Pengalaman yang membuatkan aku cerita semua tu. Bukan cerita dongeng ke apa. Itu ada yang tak sanggup untuk bercinta jarak jauh kan. Ada yang suka tak nak ambil risiko. Tapi aku percaya kalau Allah dah kata jodoh tu ada ngan Uncle Wan Alhamdulillah, Tapi bila Allah kata tak ada aku kena cuba terima. 

InsyaAllah ada. Dan Allah sentiasa ada dengan kita. Niat itu sendiri. kan?
Eh jap apa pasal cite jarak jauh lak ni..heeee... sorry terlepas perasaan. hahahha.
Tapi itulah perasaan aku. Mungkin nanti lepas kahwin lagiiii lain kot. Ini baru sikit.heee

Harap dapat lah lepas ujian yang seterusnya lak kan..
Doa-doakn kita ea.!

heeee..oke lah takat nii je dulu. nak makan ni. lapo..
jommmm..

terima ksih yang sudi baca.

:)





 Tata.

 













No comments:

Post a Comment