Thursday, 12 December 2013

'E' Day ~ Part Two..

Assalamualaikum..
Olla..

Tiba-tiba untuk entry E Day ni ad part two pula kan. Yang pertama tak de pong. hahah..Aku tak tau nak buat tajuk apa yang sesuai dan untuk menunjukn sambungan dia tu. Biasa ada part-part bagai la kan. ngeh.. ngeh.. So jadi la part-part ni kan. Pong boleh laaa...

So, untuk tirai tu kitaorang yang buat sendiri. Dah lama aku peeping-peeping benda ni kat tenet, ada la satu dua yang aku berkenan. Pada malam nak hias tu aku tunjuk jew kat abang aku ni haa dia tengok sekali terus sap sap soi dia buat dengan pertolongan kakak-kakak dan ipar-ipar aku mak nga ayah aku pun sekali. Rupanya lagi meriah kalau kita buat sendiri. Gelak-gelak, tukar-tukar idea.. Tapi aku tolong pegang apa yang patut je..kikikiki..melawok saja. Aku buat gak oke. -,-






Semua tuu kitaorang beli dan buat sendiri lagi jimaaattttt. selamat duit den.hahaha..boleh save untuk kahwin nanti. Kipas-kipas tu semua kitaorang lipat-lipat jew. Ala korang pun mesti tau kan buat kipas. Sonang ajo.
Yang ni la aku nak, simple tapi just nice. Sedap je mata orang yang menengoknya. Tidak nampak keterlaluan. Berserdahana itu perlu kan ?  (^_^) v




Yang Props ni, punnnnnnn aku yang design kan dan buatkan sendiri. Boleh la guna ilmu yang puan-puan aku bagi masa kat ILP  dulu untuk design benda alah ni. Kat tempat kerja pun buat benda ni kan . Asyik buat untuk orang jew berbulu jugak mata ni tgk..hahahahahaa... Jadi inilah hasilnya. Design, korang print pastu gunting siap.! ;).. Bagi sesiapa yang nak tempah sila email kita. tapi design sahaja. weee sempat lagi promote..hahahha

Itu jew la untuk  event engagment aku ni. Simple. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Untuk tarikh yang akan datangg tu tidak diketahui lagi. InsyaAllah agar semuanya mudah. Amin.




Haa inilah kupu-kupu a.k.a sepupu kita tu, ummi. Dia lah yang makeup kan kita. Superb sangat kita sukkaaa!! thks kamu. sampai buat kita rasa kita adalah erra fazira hari tu.. feeling habisss..hahahha.

Owh lupa nak cite yang family  Uncle Wan kan dari Melaka. So, untuk diorang aku ada sediakan homestay untuk satu malam. Dekat dengan bandar Jerteh. Tidak la jauh sangat dari rumah aku. Alhamdulillah diorang suka rumah tu, selesa sangat. Sorry pic untuk homestay tu xdok. Aku tidak dibenarkan jemput mereka. huhuhu

Masa Uncle Wan call kata diorang da sampai dekat masjid ulul albab tu, aku suruh diorang stay situ dulu sementara kitaorang p pick up untuk ke homestay tu. Yang pergi ayah, abang kedua aku abang Meran pastu akak yang keempat aku. Kak Tiey. lagipun akak aku yang dua orang lagi tu takk dapat balik, kerja nun jauh di Alor Setar.. sobss..

Diorang datang pun satu malam sajo. Kan jauhh kesian dekat mak nga ayah Uncle Wan ye la Jauh tak selesa kan. Tapi nasib baik jugakk la diorang tak sesat sangat..heee..bijak betul Uncle Wan aku nih..hahah eh baru jdi tunang da up sampai macam tu sekali..wakaka..

Itu jew la. InsyaAllah Allah permudahkan segalanya. Amin. Korang pun doa-doakan kita jugak ea. hikss..
oke thanks sudi baca blog yang tah pape ni.



Kami :: Chentaqaseh03




Terima kasih dari kami untuk semua..

:)

Tata.











1 comment:

  1. selamat bertunang dear :)
    cepat2 kawen... hehehe

    ReplyDelete