Pages

Saturday, 16 May 2015

Double To Triple

Assalamualaikum..

Hai, amboi tajuk omputeh ajo kan. hiks itu hari update pasal dah jadi puan kan, sekarang ni dah jadi mak orang dah pulak dari sorang berdua, dari berdua dah bertiga pulak :)  sekarang aku dah 7 bulan. Rasa cepatnya lahai. Habis ar lepas ni semua entry nak di throwback. ngehngeh  :p


:: 161114 ::
Illustrator By : Nina Yusuf

Tarikh yang aku rasa sangat-sangat bermakna buat aku dan Uncle Wan :')Ye tarikh yang buat aku tukar status untuk kali kedua iaitu Ibu. Sampai sekarang aku tak tahu nak describekan perasaan aku macam mana  - _-'  teruja + gembira + takut eh! semua-semua lah yang ada huhu Syukur Alhamdulillah. Anugerah terindah buat kami. :)

Mula-mula tu tak tahu pun diri ni dah preggy kan. Tapi yang aku musykil tu setiap kali bau makanan mesti kecur air liur. Tambah lagi kalau lauk tu yang aku suka. Oke tak pe lah mungkin masa tu aku lapar sangat kot kan. hahah

Lagi yang aku tak tahan tiap kali makan mesti rasa mual or loya tu. Ish kalau ingat balik kan tak sanggup nak hadap semua alahan tu. huhu Eh tapi tu adalah rasa yang susah kita nak dapat kan syukur la dah dapat. hiks. 

Masa ni aku still lagi berjauhan dengan Uncle Wan walaupun kedua-dua majlis dah setel. Tapi memang aku dengan Uncle Wan dari dulu lagi yang bercinta jarak jauh ni jadi dah biasa lah. Cuma untuk yang ni rumah yang kami nak sewa tu owner dia tak bagi keputusan yang sebetulnya puas menunggunya. Yang aku ni cerita la dekat Uncle Wan pasal semua yang aku rasa tu, biasa lah buat report tapi memang dah terbiasa pun sebelum tidur must be on the phone tak pun msg je. huhu

Aku gitau apa yang aku rasa je dulu. Eh! tetiba esoknya dah terpacak kat Ganu depan umah hahahahah. Dia punya tak sabarrr tu lahaii sangat tau. Uncle Wan ni dia punya gelabah boleh tahan, yang aku ni boleh rilex lagi. Aku tak nak la beria sangat nantikan keciwa i cannot oke. So tiba-tiba jugak dia keluarkan UPT tu. aku dah ternganga hamboiii dah kenapa excited sangat ni cik abg oiii. haha. Masa yang dia keluarkan UPT tu malam jadi aku pujuk la kata yang seeloknya test UPT ni pagi esok subuh-subuh tu kan. So, oke la.

Zappppp.. pagi tu aku pulak yang excitednya. muahahahhaha. Eh haruslah! jadi tunggu punya tunggu it was positive :')
Syukur Alhamdulillah. Terus drama yang beremosi di pagi hari tau. Tapi aku ni jenis yang tak puas hati, betul ke UPT ni? Aku ambil keputusan untuk double check dekat klinik sakit puan. Doktor chek pun positive oh double triple happy sangat-sangat! Terima kasih Ya Allah :")

Dan semestinya orang pertama yang aku bagitahu mak ayah aku ler. muka manyakkk sinyumm itu Tok Mek dengan Tok Ayah. hikss! makin bertambah la family Pok Usop nanti. Lepas tu baru gitau dekat Atok dan Nenek dia kat Melaka pulak. Ye la masa tu aku dekat Ganu mesti mak dan ayah aku dulu yang tahu. iyo dok? hehe. Dan bermula lah kisah-kisah alahan aku. huwaa!! oh dan ada jugak cerita yang aku rasa takut kehilangan my anak ni.

Tapi nanti lah aku cerita di lain entry yer. 

Oke Tata dulu buat masa ni. :)

Semakin berkembang maju lah keluarga Pok Usop nanti :)








Friday, 15 May 2015

Illustrasi Alonso Mateo

Assalamualaikum..

Hey korang, pernah dengar tak nama budak ni? Aku first tahu pasal budak ni bila aku seacrh google nak buat design masa tu. Aku taip style kot ke acane dah. Tup keluar gambar budak ni, apa lah yang hensem sangat ni! Kecik-kecik dah hensem ni ish gaya ada semua lengkap cumanya kecil lagi tak 
dapat den nak menekelnye bahahahah..

Alonso ni memang fesyen untuk budak laki-laki yer. Style sangat lah. selalu gak stalk insta dia. hahahah owh lagi sekali aku ni banyak sangat masa yang terluang itu  -..-' 

Bila dah tengok rasa terdetik di hati ni yang nk illus kan gambar budak ni, nak uji aku punya tahap trace AI. ni. so ini lah dia. heeee


Alonso Mateo


Dia punya nk trace ni aku ambil masa yang agak panjang jugak ye tambah-tambah lagi masa tu aku masih lagi kerja so, bila dah takde kerja baru aku setelkan traace gambar dak ni. Tapi serius masa yang panjang untuk aku buat. Tapi nk jugak buat jugak aku suka cabar diri sendiri dalam proses design ni. Ntah la rasa kena habiskan. So, ini lah dia. hewhew

Masih dalam proses pembelajaran lagi. Ajarkan aku, jika aku ada salah. :)

Tata.





Majlis Bertandang : Nina & Wan

Assalamualaikum..

Hai, majlis bersanding ni lagi la simple sangat-sangat aku dan Uncle Wan plan. Alhamdulillah semua cukup berjalan dengan lancar. :) dan dannn nampak tak yang dah tukar header baruuu hahahha sesaje nak bagitahu yang sekarang ada banyak masa yang terluang  -_-' tak kelakar! oke sambung..

Uncle Wan ni asal Melaka jadinya untuk tarikh yang sebelah dia pun kami ambil masa yang panjang sebab Ayah Uncle Wan tak berapa nak sihat sangat. hoihh jauh oke dari Melaka ke Terengganu. Lagipun majlis buat dekat rumah diorang sendiri. Senang katering datang setel-setel kan apa yang patut diorang je yang buat kan. 

:: 251014 ::

Kami bersetuju dengan tarikh ni. So, apa lagi terus gerak ke Melaka sebelum majlis tu. Kitaorang konvoi ramai-ramai syokk wooo hee. Dah la bawak bekal sampai hentian mana ntah aku lupa pulak, kitaorang berhenti makan. Orang tu bawak bekal lauk kari la, sayur kangkung la, eh macam-macam la kan. Kenyang  dapat jimat pun dapat. hee

Dalam pukul 9mlm kot kitaorang sampai homesstay yang Uncle Wan dah tempah. Ramai kot ada yang sesat la :'(  tapi dapat jugak Uncle Wan kejar. Dua buah rumah yang disewa, senang kan laki perempuan asing-asing tak de la yang perempuan ni asyik dengan tudung je kan. Tak selesa kot. Alhamdulillah semua boleh terima. Tapi masa family Uncle Wan datang Terengganu aku just sewa homestay satu biji je hee sebab family Uncle Wan datang tak ramai masa tu. :) 

So majlis esoknya tu dalam pukul 12.00Tengahari . Panas tok sah cerita ler. Tapi disebabkan aku ni berdebor sangat-sangat sampaikan tak rasa dah panas tu. hahah.


Cover-cover malu hoihh!! haha


Masa majlis ni makeup adalah kakak kepada kakak ipar aku. haha simple je. Atas permintaan Uncle Wan jugak dia cakap tak nak terlampau sangat baiklah! Isteri mithali sangat kan  :p
Baju tu semua aku tempah sendiri. Aku beli kain lace bagai tu semua pastu aku suruh anak sedara kakak ipar aku yang jahitkan atas apa yang aku nak. hahaha bagus tahu keluarga kakak ipar aku ni. Semua pekerjaan ada dalam family dia. heee. Lagipun memang kitaorang dah anggap family diorang pn dah macam family sendiri rapat je. Family diorang lagi ramai. Yang aku ni family kitaorang 8 orang pun rasa ramai dah campur anak-anak sedara semua tu. hihihi
Alhamdulillah di kelilingi orang-orang yang sayang family kitaorang :')

Itu yang pelik bila masuk family Uncle Wan diorang punya adik beradik 3 orang je. heee tapi sedara mara ramai la kan. Tak pe la janji dapat terima aku yang banyak nau kurangnya ni. huhu
oke sambung lagi. hahah so, majlis makan-makan pun dari katering dan lagi sekali aku lupa apa nama katering yang Uncle Wan tempah tu. Dari khemah hingga ke makan-makan diorang yang buat. setel. hahaha. Ni pun dari abg dia yang sulung lagi family mertua aku gunakan khidmat katering ni. So far Alhamdulillah semua puas hati. makan sedap. Tapi kan gulai rebung yang masak kuning tu pedasss gilerrrrrr!! memang aku ambil rasa dekat hujung lidah je tu pun terasa pedas dia. sebelum rasa Uncle Wan dah gitau pedas ni tapi aku punya nak rasa tu hambikk haa. huhu kata Melaka kan. hukhuk. 

Makan beradab

Masa ni baru duduk nak makan tapi ntah kenapa eah kitorang macam tu. hahha aku pun tak ingat kejadian masa ni. Dah berapa bulan Nina oii. hahahha ofkos aku tak ingat.
Yang makan dekat meja beradab ni akak sulung aku, mak, ayah dan bapak sedara aku iaitu adik laki ayah aku. Aku masa ni nak suruh Abg kedua aku yang duduk tapi mana ntah dia masa ni. So, panggil la bapa sedara aku ni. boleh la kan. huhu. 

Alhamdulillah majlis yang dekat Melaka ni pun setel dan lauk pauk pun cukup untuk tetamu dan sedara mara. :)
Gambar pun ini je yang mampu aku letak dekat blog. Hahah alashhhh ar nk edit. oke dah setel kedua-dua majlis. Alhamdulillah jugak akhirnya terlaksana impian aku nak masukan dalam blog ni.Impian sangat kan hee .Oke takat ni dulu.

Tata.





















Thursday, 14 May 2015

Illustrasi Shaheizy Sam

Assalamualaikum..

Hai u ols, dah lama sangat tak buat illustrasi ni. Sebenarnya banyak dah yang aku buat tapi masa untuk upload dekat blog ni je yang kurang. Instagram selalu. heee

Ni ler illustrasi Sam tuh. Sesaje buat. :)

Illustrator By : Nina Yusuf

Proses dan masa nak buat yang Sam ni tak banyak sangat pun yang aku ambil. Boleh la. Cumanya tang untuk colour spek tu yang buat aku struggle sikit. heee. Tapi kira oke la jadi gak. Alhamdulillah. 

Aku masih lagi belajar-belajar pasal dunia design ni. Bak kata pepatah makin banyak yang kita belajar makin banyak yang kita tak tahu. Kan? kalau aku salah tolong betulkan ea.

oke takat ni dulu, nanti ada yang baru kita update lagi. 

Tata :)

p/s : gambar dari instagram sam sendiri.  
















Cik Vs Puan :')

Assalamualaikum..

Ola kembali bersiaran di blog setelah internet buat hal. Itu hari lappy primadona merah aku ni hukhuk. oke sambung berblog, kan aku dah kata lain tahun pulak aku update blog ni, hahahah eh lantakkan ler. Seperti yang aku cakap lah macam mana pun blog ni tetap ada dan tak de sebab aku nak delete, saja untuk tatapan diri sendiri dan mungkin pada masa-masa akan datang kita tak tahu kan. anak cucu nak tahu perihal nenek dia ni ke. hihihi.

So, back to the tajuk. Selepas kejadian yang merisik + bertunang ni kami ke fasa yang seterusnya lah kan majlis kahwin. hoiihh nak ke sampai tahap ni memang mencabar fizikal dan minda lah. Tapi, atas niat kesabaran tu alhamdulillah semua kedua-dua majlis settle la.

:: 140914

Dengan sekali lafaz sahaja aku sah menjadi isteri kepada Safwan Sabtu :'(


Tarikh yang aku rasa cun sebenarnya tak plan pun dengan tarikh tu sebab nak dapat tarikh pun da satu hal yela dah melibatkan kedua-dua belah keluarga kan tak boleh aku nak ikut family aku je kene tengok gak fmily Uncle Wan macam mana kan. Dalam dua kali tarikh jugak la tukar-tukar tu. At last kedua-dua belah keluarga setuju untuk tarikh 14 ni. Aku on je tapi tak terpikir pulak yang macam gituuu. 14 diapit dengan 09 heheh. Dah buat kad semua baru perasan. Oh! kad kawen aku dengan Uncle Wan ni pun design Syarikat yang aku keje dulu la. Sponsor By :

Kad Kahwin : Sponsor By : CheerfullEnterprise
Bunting 2' x 5' : Sponsor By : CheerfullEnterprise
Tanda Arah A3 : Sponsor By : CheerfullEnterprise

Alhamdulillah rezeki ;'). Terima kasih bos, abg Jey dan semua-semua yang terlibat la untuk menyiapkan hasil projek kahwin aku tu. Semua aku berpuas hati lagipun aku dapat pantau design tu macam mana tapi aku percaya dengan bro yang tolong design kan kad aku ni. memang superb ar. Sekali je aku tengok pastu tengok-tengok yang dah siap terus oke proceed gituuuuu. hehe. Aku jenis yang simple je.
Sedap kat mata aku, sedap kat mata Ucle Wan beres. Tapi yang penting kad kahwin dan tema dia aku pilih merah putih. Semua kat tempat kerja tahu kot aku gila merah. hahah Tup-tup bila aku suruh Abg jey yang design terus warna merah menjadi pilihan dia. terkejut kita. hee bukan tak nak buat sendiri tapi macam nak dari yang lain kan. kalau aku yang buat sendiri comfirm akan banyak adjust punya. sendiri buat sendiri tak puas hati acano tuu? haa kan baik kita suruh orang lain yang buat.  Kan untung kerja printing sonang haaa.Hikhikhik. 

Simple majlis je aku buat. Asal sah iyo dok? hee.
Dan yang penting family aku buat ni pun just buat majlis kesyukuran lebih kepada meraikan tetamu la gitu. Alhamdulillah makanan pun cukup untuk tetamu, sedara mara semua. Alhamdulillah sangat-sangat. Syukur. itu yang penting. hee. Makan-makan kat rumah aku jenis macam rewang tau. Dari akak aku yang suluing hingga aku ni yang ke 7 :') still lagi kitaorang buat kaedah rewang. Sedara mara dan jiran tolong buat apa yang patut. Seronok sangat. Kadang-kadang sedara yang tak berapa nak rapat pun jadi rapat. gituuu. hee. 

Oh! pelamin + makeup aku amek dengan Kak Sha. tpi lupa pulak apa nama dia punya instagram huhu maafkan patik. Sebabnya memang dari akak aku lagi guna khidmat Kak Sha ni. Time sepupu aku pun sama dia jugak. jadi just aku contact dia melalui akak aku je. huhu. Malas la pulak nak mintak no. fon kan nanti la kalau aku teringat aku masukan kat Blog ni. hee
So far Alhamdulillah aku berpuas hati dengan makeup dan pelamin yang team Kak Sha sediakan. 
Semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.



Dah setel moh bergambar. Terus pegang tangan apakah???? bahaha




Terima Kasih dari kami untuk semua yang terlibat.
Doa-doakan kami bahagia dan dapat menempuh alam rumah tangga ini hingga ke Jannah. :'(
Walaupun cerita dah basi sembilan bulan berlalu baru nak update. kahkahkah. Tapi gambar ini je yang mampu aku edit kan. eh malas pulak nak mengedit satu-satu gambarnyer. hahah.

Oke la nanti sambung untuk majlis bertandang pulak yer. Harap makin semangat aku update lepas ni. hee.

Tata. 










Sunday, 23 November 2014

ADA LAGI RUPANYA..

Assalamualaikum..


Tak tahu macam mna nk start karang mengarang dalam blog ni ha. Rindu nak membebel yang ntah pape dalan blog ni. Banyak yang ak pending cerita. Nampak tak last ak post entry awal tahun. Bulan Januari. Pastu tiba-tiba muncul balik diakhir tahun. Bulan November. Kahkahkah. Rasa nak lempang diri sndiri, apa la punya pemalas. Dlu kemain beriya nk update tiap-tiap hari. Ala tak hari-hari pun at least seminggu sekali.

Sekarang? None hadooo. hahah dasar sangat kan. Dah nk akhir-akhir tahun da kita ni kan. Banyak benda da yang terjadi kat dalam hidup ak. Tahun lepas status da jadi tunangan orang. Tahun ni da tukar status pula.haaaaa. da tiga bulan berlalu baru terhegeh-hegeh ak nk up kat blog ni. Heeee.

Nanti la yang pasal ak tukar status lain pada tahun 2014 tu ak cerita di lain hari. Sekarang ni nak membebel yang ntah pape je.

Bila da ada instagram ni makin malas ak nk update blog. Yer. Betul. Sbb instagram ni senang ko up gambar then taruk caption, yang mna rasa nk tag dkat fb pun boleh je. Pastu tekan tanda right kat atas tu, dia buff........ terus jadi 1 post. Setel. Hehee..

Tapi blog ni pun salah satu nk menyelesaikan isu instagram dan fb ni. Sbb apa. Bila di instagram dan fb ni caption biasa-biasa je kan. Pastu ada pulak manusia yang salah faham akan caption tu. Jadi, dengan blog ni lah ko boleh jelaskn apa yang betul sebetul-betulnya. Kan? Karang je apa yang kita rasa betul.

Nampak tak yang ak da kemaruk nak menaip. Hahha jadi panjang pulak 1st entry di akhir tahun ni. Kikikiki.

Eh. Sebenarnya header kat atas tu pun nak tukar tau. Macam tak sesuai jer header yang macam gitu sekarang. Kata da tukar status kan. *^▁^*

Nanti lappy da oke baru kita adjust balik. Sebenarnya ak publish ni pakai phone jer. Lappy primadona merah ak rosak. Lahaiii. Dia tak pernah nk rosak. Cukup-cukup 4 tahun terus dia kasi putih itu screen ermmm.. tak pe. Nanti da oke kaw-kaw kita update blog. Boleh caye ke?hahahha..anggaplah ak bergurau di suang hari.

Dah la. Kat sini dulu la ak membebel nanti ntah kemana-mana pulak. Walapun tak ramai follower kan. Tetap nk syok sendiri.eh blog kita kan. Suka hati lah. Lariiii..Hahah

Tata. :)

Saturday, 4 January 2014

First time illustrator carton ^_^

Assalamualaikum..


Sebenarnya malu+takut nak publishkan entry ni tapiiiiii. Kalau tak cuba tak tahu kan? ayat sedapkan hati sendiri itu perlu. Bahaha.

Dah lama aku buat benda ni, tapi takut dan malu nk publishkan yew la kita baru-baru je. Ni pun aku buat guna illustrator je. Untuk software lain. Paint tool sai tu pun try-try n still lagi tengah belajor.
Banyak jugak la aku belajar dari blogger-blogger yang dah tip top pasal doodle ni semua. Salah satunya  blog dani. Alahai dia nye doodle tu meletopss sangat. Dengan line art dia tu semua. Nak-nak part yang ikut muka tu. Cantik sangat. :)

Aku bila ntah dapat jadi meletops macam dani ni. heee. Tapi thankss sesangat kat Dani. Banyak la jugak aku tengok cara lukisan dia tu untuk dijadikan inspirasi untuk aku lukis. Bukan copy paste ea, Tapi, tengok cara dia buat art line, mata, shading bagai tu. 

Tapi yang aku nya lukisan tang mata tu aku tak reti. Serius la. Huh! Payah wooo.
Nak-nak aku lukis ikut muka kan. Untuk doodle sendiri aku tak de idea lagi ke arah itu. hahah.

Semua lukisan aku kebanyakanya tak de mata. Hahaha. Kalau ada kompen jadi benda lain. Choiiii sunggoh. Oke, aku akan belajar dan belajar sampai aku dapat buat. Fightingg!!
 Gila semangat. ;)

InsyaAllah. Dan inilah lukisan tu. Tapi satu je sulu aku bagi tengok. Mihihi.. Malu adoi nya pun.

Nah...



#Lee Min Ho

Aku pun tak tahu kenapa aku boleh lukis gambar min ho ni. Oke admit la minat kat dia. Kah kah.
Yang ni aku beranii letak sebab min ho ni pakai spek mata. huhuh.
Boleh la ea. Heee.

Oke itu je. Dah la malu sangat nih.
#larisambiltutupmuka.

tata semua. 

Notakeciksangat : SAYABUDAKBARUBELAJAR.