Pages

Friday 1 February 2013

JANGAN TAHAN...BAHAYA!!

Assalamualaikum..

Meh  jenguk2 blog kite meh..hikhik..suka paksa2 kan..tapi ni memang benda penting aku nak bagitahu korang semua..ni menyebabkan kesihatan kite semua tau..apa yang aku nak bagitahu ni..ialah jgn tahan kalau korang nak buang air kecil...betull..jgn tahan2 eah....bahaya...

benda ni realiti bukan fantasi..huhu..nenek aku penah cite la kan pasal ada la sorang perempuan ni suka sgt tahan kalau dia nak buang air kecil..contohnya kalau masa tu dalam kereta kew kan jalan jauh mesti nak buang air kecil kan tapi..kite rasa malas nk benti..pastu bila benti lak ramaiiiiinyaa manusia ni...haaa...terus x jadi...perempuan ni pun macam ni la....tapii....tapi..bila dia buang air kecil..air kencing yew tu keluar jerr...x benti2...huh...ha korang rasa acane tu? apa sebab dia...bahaya okey..bila habis jer nenek aku cite pasal ni terus aku google..nak tahu lebih lanjut kan...

ni bahan yang aku mintak ehsan kat pak cik/mak cik google..ala korang pun boleh gak google2 nih..so rajin2 kan lah eah..hee

meh baca info ni mana tau boleh tambahkn ilmu pengetahuan kan...heee...

Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.
Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah. Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
 membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal. Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip.
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari. Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah. Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.

“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu. Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,



Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya. Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan..masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.

Itulah antara sumber yang aku dapat..sebenarnya banyak lagi yang kite boleh tgk melalui google ni...tapi yang bahasa saintifik tu yang membuatkan aku xbape phm sgt..heee..tapi apa yang aku boleh bgitahu conclusion dia jgn tahan2 kalau korang nak kencing..xkiralah ramai manusia kew tidak kew kat tandas..just keluarkan jew..nanti dapat sakit baru nak menyesal..

Itu sahaja untuk hari ini yew anak2..heee...
Thanks for viewing my blog..nanti jenguk2 lah lagi.. (^ -^ ) v

No comments:

Post a Comment