Pages

Saturday, 4 January 2014

First time illustrator carton ^_^

Assalamualaikum..


Sebenarnya malu+takut nak publishkan entry ni tapiiiiii. Kalau tak cuba tak tahu kan? ayat sedapkan hati sendiri itu perlu. Bahaha.

Dah lama aku buat benda ni, tapi takut dan malu nk publishkan yew la kita baru-baru je. Ni pun aku buat guna illustrator je. Untuk software lain. Paint tool sai tu pun try-try n still lagi tengah belajor.
Banyak jugak la aku belajar dari blogger-blogger yang dah tip top pasal doodle ni semua. Salah satunya  blog dani. Alahai dia nye doodle tu meletopss sangat. Dengan line art dia tu semua. Nak-nak part yang ikut muka tu. Cantik sangat. :)

Aku bila ntah dapat jadi meletops macam dani ni. heee. Tapi thankss sesangat kat Dani. Banyak la jugak aku tengok cara lukisan dia tu untuk dijadikan inspirasi untuk aku lukis. Bukan copy paste ea, Tapi, tengok cara dia buat art line, mata, shading bagai tu. 

Tapi yang aku nya lukisan tang mata tu aku tak reti. Serius la. Huh! Payah wooo.
Nak-nak aku lukis ikut muka kan. Untuk doodle sendiri aku tak de idea lagi ke arah itu. hahah.

Semua lukisan aku kebanyakanya tak de mata. Hahaha. Kalau ada kompen jadi benda lain. Choiiii sunggoh. Oke, aku akan belajar dan belajar sampai aku dapat buat. Fightingg!!
 Gila semangat. ;)

InsyaAllah. Dan inilah lukisan tu. Tapi satu je sulu aku bagi tengok. Mihihi.. Malu adoi nya pun.

Nah...



#Lee Min Ho

Aku pun tak tahu kenapa aku boleh lukis gambar min ho ni. Oke admit la minat kat dia. Kah kah.
Yang ni aku beranii letak sebab min ho ni pakai spek mata. huhuh.
Boleh la ea. Heee.

Oke itu je. Dah la malu sangat nih.
#larisambiltutupmuka.

tata semua. 

Notakeciksangat : SAYABUDAKBARUBELAJAR.
















Tuesday, 31 December 2013

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum..

Pembuka bicara. :) 

Selamat Tahun Baru Buat semua. Walau tak sampai waktu dia lagi.heee at least nak wish jugak kat blog ni untuk kenangan. Azam tahun lepas dah terlaksana belum? Walau tak laksana pun pindah ke tahun ni lak. Boleh? hahaha..
 
Aku punya azam tiap-tiap tahun tak de lah berat sangat. Sentiasa mahu yang terbaik je. Maksud aku dari segi apa yang aku buat. Untuk diri sendiri, keluarga, kawan-kawan dan orang di sekeliling aku. Itu je aku punya azam, sama je. Dan aku rasa setiap orang cuba untuk ke arah itu kan.?

Dan Alhamdulillah penghujung tahun ni gak 17.11.2013 aku dah melangkah ke fasa yang pertama dalam hidup aku, Engagment. Status pun dah berubah. InsyaAllah tahun depan 2014 langsungnya. Doakan moga-moga lancar dan selamat lah yer  ^_^

Untuk tahun depan. InsyaAllah makin berubah kehidupan aku. Ye lah kita yang rancang Allah yang tentukan. Tapi kena usaha lah jugak kan. Baru tercapai apa yang dihajati itu.
InsyaAllah.
 
Macam biasa ada buah tangan sikit ni.
weeee.. Terima lah ea.

'3' Tetap pergi dengan bergayanya. :)



Walau '3' dah tinggalkan aku, aku tetap sayang dia. Banyak sangat kenangan aku buat '3' ni. Sedih, gembira semua ada. Tak kan aku lupakan. luv u so much la brader. Tau-tau je '3' ni brader kan? mihihi.
Oke lah tu je pun nak update. Sekali lagi buat semua. 

Selamat Tahun Baru 2014

(^ _ ^) v







Monday, 30 December 2013

:: Design 5

Assalamualaikum..



Penat je 2 3 hari ni. Tak tahu kenapa. Gini lah keje ngan orang kan. Ish tak kan ngan lembu lak. huhu
InsyaAllah boleh keje sendiri. No more punchcard, No more rehat 1 jam saja, No more cuti  1 hari saja.  Dan segala mak nenek No more lah! sobbss :(

Dah la nak emo-emo lak. Boring kot asyik tu je modalnya. kahkahkah. Gelak amek hati. *..*

Ni ha design kita yang dah siap di design. Semua yang customer tengok dulu baru aku proceed. Terima kasih ^,^

.
.
.
.
.

.
.
.
.



















Itu je..

Dah kenapa tuan blog nih. macam malas jerrrr.... Memang pong.!!huhu
Sape-sape berminat email kita ea. kat page design ada email kat situ.

Oke tata..



Tuesday, 24 December 2013

Titisan

Assalamualaikum :)

Eh tetiba ada smile kat hujung tu kan. Biasa tak de pun. Kadang-kadang untuk menutup kesedihan, masalah yang melanda, terasa hati kew wateverlah kan. Jadi pengubat dia itulah. Senyuman.

Walaupun senyuman itu seplastik kedai Pak Mat janji dapat menutup gundah gulana dalam hati tu kan?

Zikirlah dengan ikhlas, Terimalah kesemua ujian Allah itu dengan hati yang redha. Kadang-kadang aku sendiri pun tak dapat nak terima, tapi cuba untuk terima dan redha. Nobody's perfect! But must do.

Alahai, teremo lak malam-malam hari ni. huhuhu.

So ini lah yang mampu aku terapikan diri ni agar kurang sikit emo tu..
Nah!!
.
.
.
.
.
.
.
..
...
....
.....



  
Setiap tangisan itu.. Ada cerita disebaliknya..



       
Smile...

 InsyaAllah everything okey.. (^_^) v


 Tata.. terima kasih sudi baca.


























:: Design 4

Assalamualaikum..

yuhuu...Up untuk design lak..jommm layan.. :)

sila lah yerr..
















oke..itu sahaja...hee...
pape email ea..ada kat page design ..
tata..  (^-^)v









Saturday, 14 December 2013

Lagu Embun Pagi..Bunga Merah Punya..

Assalamualaikum..

Weeee.. >_<  hari ni nak cite pasal lagu ni lak hujan-hujan macam ni.fuhhhh boleh layan gak.....sebenarnya aku tak tahu pun kewujudan cite ni..tapi yang aku tahu si izzue islam ni ada buat drama muzikal..jadi tak der lah nak pegi google ke apa kan.. nampak tak kepochi di situ.hahaha. Ye la dah aku tengok tu pun episod last..hahahah terkebetulan lalu depan tv eh.eh. izzue la. stop jap. tengok. rupanya episod last dah.haha vongokss betol. Tapi cite ni dah lama. Cuma nak gitahu lagu dia best. Bagi akuuu laaa. :)

 Bila cite melayu jadi muzikal macam tak syiokk lak nak tengok. Hindustan mari tarak apa..huahau...

Esoknya terus google lagu-lagu diorang..sedap didengar jugak...salah satunya adalah lagu ni lah..embun pagi..yilek jew.....biasa sesebuah lagu ni kan ada maksud tersirat lagi berlirat.. tapi yang ni tak de lah sangat..dah la pendek jew..

Kan? suka je dengar suara izzue ni...heee...

takat ni je dulu nak gitau..pape hal kita bersua lagi..oke?

tata...(^_^)v















Friday, 13 December 2013

Apa perasaan lepas bertunang?


Assalamualaikum..

Amboi la kawan-kawan aku nih ingat kan nanti kahwin baru ada soalan-soalan cenggini (- _ -)'
hee. Terkedu bila diorang tanya sedih pun iye jugak kan. Ko dah kenapa Nina?hahah
bukan apa kalau nak kata gembira... gilosss tak gembira kan, hari bahagia kot selangkah saja lagi kan.

Alhamdulillah sangat-sangat. Selesai satu ujian.

Aku punya perasaan sama saja cuma gembira dan excited tu je ada lebih sikit. hee..gatal!
Sebenarnya sama je, sebab aku ngan Uncle Wan nih cara kitorang bercinta cintun berbeza dengan orang lain. Maksud aku kat sini ialah aku ngan Uncle Wan bercinta jarak jauh :( hukksss!
Mungkin ada yang sama kan? Sape-sape sama macam kita meh sep sikit.hee..

So, bila dah habis majlis Uncle Wan terus drop balik Melaka. Tapi Uncle Wan keje kat KL mari. Itu yang terpaksa stay sini 1 malam saja. Ada keje. soobbsss..

Seingat aku last aku jumpa Uncle Wan masa kitorang konvo itu hari. Aku konvo tahun 2012. bulan bape eh tak ingat lak. Kira jumpa balik masa tunang itu hari je la. Hoihhh!! sedeyy..hahahah.
Itu yang sedih tu. poyoosss. Sama je persaan bila dah tunang kembali pada asal.

Pagi g keje , petang balik, tido. Tapi yang menghubungkan kami adalah telefon!
Yessss. Perlu sangat-sangat. Bagi kami la. Kitaorang akan report.
Bila malam menjelma sebelom tido tu kitaorang bercakap-cakap apa cite hari, kat tempat keje macam mana? makan apa hari ni. Gituuu la.

Mungkin ada sesetengah yang ish! rimas kot macam tu?
Tapi bagi aku , tu je yang mampu aku nga Uncle Wan berasa dekat. Kira jauh macam mana pun kitaorang tetap kenal hati budi masing-msing, tahu bila aku marah, tahu bila Uncle Wan terasa hati kew..Macam tu lah aku jaga hubungan tu.

Nak-nak sekarang nih, dah jadi tunang pun, jadi kitaorang cuba untuk memahami diantara satu sama lain.
Dan aku cuba untuk tidak meragui Uncle Wan dan macam tu jugaklah Uncle Wan.

Trust each others!!

Penting sangat-sangat. even ada yang bercinta jarak dekat kew. Perlu untuk percaya once korang dah  tak percaya kat pasangan tu habisss! secara automatikkli hee.. semua kasih sayang, cinta tu makin lama makin kurang. kan? so, nak percaya tu pun pasangan tu perlulah ada kejujurn kan barulah together-gether benda tu bergabung dan menjadi satu..ayaaaattttt..hahahaha
eh betul lah. Ni nak cite pengalamn aku. Cinta jrak jauh.

Mula-mula pun susah aku nak terima cara kami bercinta ni, gaduh - baik -baik -gaduh! gituuu la ..
Tapi sorang kena beralah dan bagitahu apa yang tak kena, dari situ kita boleh perbaiki kelemahan kita dan pasangan kita kan.
Bila masing-masing dah tahu oooo, pasangan kita tak boleh macam ni, dia kena macam ni. gituuuu la. Makin lama makin oke la. Tapi aku pun tak tahu lagi masa akan datang macam mana harap semua oke je. Bukan lah aku ni pakar dalam bab cinta ke rumah tangga ke. 

Sebab aku tak melaluinya lagi, tapi itu cara kami jaga hubungan kami. Pengalaman yang membuatkan aku cerita semua tu. Bukan cerita dongeng ke apa. Itu ada yang tak sanggup untuk bercinta jarak jauh kan. Ada yang suka tak nak ambil risiko. Tapi aku percaya kalau Allah dah kata jodoh tu ada ngan Uncle Wan Alhamdulillah, Tapi bila Allah kata tak ada aku kena cuba terima. 

InsyaAllah ada. Dan Allah sentiasa ada dengan kita. Niat itu sendiri. kan?
Eh jap apa pasal cite jarak jauh lak ni..heeee... sorry terlepas perasaan. hahahha.
Tapi itulah perasaan aku. Mungkin nanti lepas kahwin lagiiii lain kot. Ini baru sikit.heee

Harap dapat lah lepas ujian yang seterusnya lak kan..
Doa-doakn kita ea.!

heeee..oke lah takat nii je dulu. nak makan ni. lapo..
jommmm..

terima ksih yang sudi baca.

:)





 Tata.