Pages

Saturday, 3 December 2016

Sembang kosong

Assalamualaikum..

Lamanya tak update blog nih. Last hari tu pasal Ramadhan al mubarak. Kihkih
Nak masuk tahun baru dah kita ni kn. Muhammad Syauqi Najwan pn dah 1 tahun 5 bulan. Rasa baru je beranak kan dia biasa la mak-mak punya perangai kn memang macam ni. Rasa kejap lah, rasa anak dah remaja sangat lah, macam-macam lah. Alhamdulillah sihat je anakanda sorang ni. Lasak dia makin menjadi-jadi. Apa yang kita makan itulah yang dia nak jugak. Perangai kn sebijik papa haha papa jugak yang disebijikan. 

Takde apa nak diceritakan pun. Kehidupan surirumah yang berjaya kan kisah dia biasa-biasa jelah. Hahaha. Anak dulu yang dikisahkan suami jatuh no 2. Boleh? Tapiiii syurga isteri tetap di bawah kaki suami. Gituuu. 

Rindunyaa kat kampung. Musim tengkujuh macam ni lagi rindu. Tengok air banjir . Kita tengok je ok  dah remaja senja dan anak sorang ni haruslah tengok je. Dolu- dolu boleh la kau nak berenag kuak lentang ke kupu-kupu ke silakan lah. Haahhah. Tapi time banjir ni jgak lah yang aku akan skip kerja satu atau dua hari. Kata banjir kannnn.. muahahaha. 

Besar harapan aku minggu depan nak balik kampung ni, tak de lah jalan ditutup ke air banjir da naik paras-paras hidung ke. Uish pikir-pikir kan seram pulak. Harap oke lah. 

Update satu entry ni pn da tertangguh- tangguh. Haha sibok bebenor bunyinya. Anak sorang je ni, macam mana lah yang dua tiga orang kecik-kecik tuh kan. Salute springgg lah kat mommy-mommy tuh. Kental. 

Selalu update dekat instagram je  lebih. Hee situ senang mudah dan tangkas. Kahkah. 
Oke gerak dulu lah. Tata

Monday, 6 June 2016

Selamat datang ramadhan 2016

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan tahun ni, bertiga. Kalau dulu masa kerja design, sibuk masing-masing nak design pasal ramadhan. Tengok sapa punya yang paling cun tapi simple. Huhuhu. Pastu sibuk upload kat fb, ig dan ofkos blog. 

Sebenarnya blog aku nih tak ada gambar sebab aku menaip pakai phone je. Lappy aku tak boleh nak on hukhuk. Dah suruh Uncle Wan baiki, paham-paham aje lah kena suruh pat belas juta kali baru siap aku punya laptop tu. Jadi, kita menaip ikut suka yang nak diceritakan jelah ea. heeee.

Sekarang baru nak feel puasa sebenar sebagai seorang isteri. Maksud aku kat sini adalah, yang kena kunci jam 2 3 kali bunyi baru nak bangun tu, panaskan lauk, kejut suami bangun dan aku rasa mungkin si kecik tu pun turut serta nanti. 😏 Puasa tahun lepas, aku mengandungkan Syauqi. Lepastu Uncle Wan pulak keja di luar kawasan masa tu hahaha jadi aku kena puasa dekat kampung la. Uncle Wan nun di sana ketja, balik pn 2 minggu sekali macam tu. Tak berapa nak feel sangat la puasa walaupun dah kahwin. Gituuu hehe. Puasa tu puasa la tapi konon-konon nak bangun panaskan lauk semua tu la. Cehhh. 

Aku dari dulu memang tak suka kunci jam. Tapi sebelum tidur tu dh kata nanti kan nak bangun pukul berapa. Kadang tepat pada waktunya kadang terlajak pn ada. Tidur tu macam jaga-jaga jugak la. aku dah suruh Uncle Wan yang kunci jam, kan nanti bunyi dia kejut je aku. Hahahha boleh macam tu? Janji aku tak dengar bunyi alarm yang super dasyat tu, kang set alarm tu bunyi perlahan tak bangun sahur pulak. Jadi yang tu kita serahkan pada Uncle Wan. Kahkahkah.

Entah macam mana puasa tahun ni dengan Si kecik ni lagi. Yang pasti mesti meriah meja makan aku walaupun bertiga je. Huhuhu. Syauqi sekarang dah nak makan sendiri. Apa yang kitaorang makan mesti dia pun nak jugak. 😩 
Tapi kadang aku denga Uncle Wan gelak je 🙄 Dah tak tahu nak buat apa. Hahahha. Sabooor ajelah nak oiii. 

Harap tahun ni ramadhan kita semua dalam rahmat Allah. InsyaAllah. 😊
Sape-sape yang order untyk susu khalish sila whatsapp ye. 010 432 2931.
 Puasa ni elok lah minum boleh dijadikan makanan tambahan. InsyaAllah tak rasa lapar sepanjang hari walaupun puasa. So jangan malu jangan segan, whatsapp kita yer. 

Selamat berpuasa semua. ☺️ 
Tata.

Wednesday, 25 May 2016

Susu Kambing Khalish

Assalamualaikum...

Ya allah lama betul la daku tak menaip kat sini. Last entry pasal bersalinkN anak pertama hahah. Lepastu tetiba je up entry baru bercerita pasal susu kambing khalish pulak hikhik. kisahnye pasal anakanda Syauqi la ni, dah 10 bulan dia bulan ni. 

Cepat sangat masa berlalu, tak sedar langsung dan tetap tak percaya da jadi mak-mak dah aku ni. Bila dapat tengok anak membesar depan mata Alhamdulillah sangat. Ada tu yang tak dapat nak jaga sendiri disebabkan oleh halangan kerja kan. Ramai je kawan-kawan aku yang kerja "bestnyeeee  dapat duk kat rumah". " Bestyeeee dapat jaga anak sendiri kat rumah". Yup, paham sangat dengan perasaan seorang Ibu, Mommy, Emak, Bonda dan yang seangkatan dengannya lah kan. Nak tengok perkembangan anak tu depan-depan mata. Tapi, ada je yang hina kerja surirumah ni. Alahaiiii remuk hati mak nak. Hahahha. Kecewa betul dengan manusia-manusiA yang sebegini.

Tok sah duk cerita hal sedih lah eh. Oke meh sambung pasal anakanda Syauqi ni. Ada la satu hari ni dia demam teruk, panas dia 39 darjah. Aku jadi macam blur kejap, tak tahu nak buat apa. Nasib baik apaknya ada, terus la bawak p hospital. Dah sampai tu doktor yang merawat tu mintak nak ambil darah, sebab sekarang banyak sangat kes denggi ni. 

Siap checkup semua, alhamdulillah tak kena denggi tu, cumaaaaa darah merah dia kurang zat. Sekali lagi aku blur hahahha. Banyak sangat kena belajar pasal anak-anak ni. Salah aku. 😩 
Yes Syauqi sepenuhnya susu badan. Doktor yang check tu bagitahu dah boleh start bagi susu formula  dekat Syauqi, disebabkan keadaan dia tu. Lagipun susu aku pun kurang. Jadi, aku dan Uncle Wan ni cuba la beli susu formula ni. Dah macam-macam susu aku bagi, dah tukar berkali-kali botol susu tu tapi tetap tak jadi. Tapiii Alhamdulillah dengan susu kambing khalish ni dia minum walaupun   amaun dia tak banyak, syukur dia nak minum jugak.

Dan bagi ibu yang menyusu ni, memang boleh cuba jugak sebab dia memperbanyakkan lagi susu Ibu. Bagi Ibu-Ibu yang kurang susu badan, boleh. Memang disyor sangat-sangat. Sebab aku guna jugak. Alhamdulillah cukup untuk Syauqi. 

Ibu mesti bagi yang terbaik untuk anak-anaknya kan. InsyaAllah dengan susu kambing khalish ni dapat membantu semua tu. Bukan anak je dapat khasiat, ibu pun dapat. ..

Susu kambing khalish ni ada dua perisa iaitu susu kambing asli (seratus peratus susu kambing), satu lagi susu kambing coklat kurma (coklat dan kurma). Memang tak berbau hamis langsung. Sedap je😋😋 heee. 

Harga sekotak : RM44(SM) / RM50(SS) 
Apa-apa nak tanya, nak order ke boleh whatsapp kita 
010 432 2931 nina yusuf 

Oke tata :)

Friday, 6 November 2015

Pengalaman bersalin anak pertama part 2

Assalamualaikum..

Ada part-part bagai ni hahaa aku pn tak tahu nak letak tajuk apa. Senang letak je part by part tu. So sambung yang baby da keluar tu aku cium baby tu panas je dia :') Syukur alhamdulillah. Tak tahu nak  kata apa tu je yang mampu betapa besar kuasa Dia. 

Nurse g bersihkan baby tu. Aku still lagi stay kat katil tu diorg nak cuci semua tu. Aku siap tanya lagi banyak tak luka tu. Nurse tu ckp bagus la awk tak de luka pn :)))) snyuman terus terukir di bibirku sampai ke telinga kekekek. Alhamdulillah skali lagi. Da bersih. Aku dibiarkan berehat kejap nanti diorg akan dtg bagi air milo suam nga biskut bagi tenaga sikit. Lama jgak la duk termenung dalam tu tak boleh pejam mata. Tak sabar nk tgk baby hee. 

Tiba-tiba dtg sorang nurse ni bwak bby :') oloooooo. Nurse tu kata bagi susu kat baby. ??????? Masa ni da cuak sbb tak reti nak bagi masa baring. Nurse tu cepat je ajarkan sbb baby da nangis. Dapat terus senyap. Lapar lettew. Heee

Tapi kejap je nurse tu ambil balik sebab dia nak cucuk kat bahu tu. Oke je. Sementara baby tgh cucuk  aku kena tukar baju untuk ke wad. Baju labour room lain. Untuk wad lain. Ooooo gituuu. Heee siap semua terus diorg tolak masuk wad. Tapi masa ni aku gitau kat nurse tu nak bagi uri ni kat mak aku. Mak aku mmg ad je setia menunggu kat luar. Oh mak terima ksh. :) kita da jadi mak ! Hee

So org kedua yg tgk baby adalah Tok Mek dia. Yang pertama Papa ye. Siap semua terus ambil gambar dulu kat group wssap famly nk tgk org baru ni ha. Sebab lepas aku masuk wad diorg tak boleh teman. Tapi kalau malam boleh tu pn perempuan sahaja. Mmg Tok Mek la yang jadi mangsa tu hee. Terima ksh Tok Mek muacch! :p

First diorg dapat gambar tu " ooo ikut belah Melakau ni , hidung pn belah Melaka" oke baiklah kita ngaku hidung kita kembang Setaman. :p *syukurlah ada hidung*

Malam tu ditemani mak kita. Esoknya baby da kencing and berak terus boleh keluar wad tapi baby ni lambat pula nak kencing and berak ni. Aku da risau takut kuning kan.. Alhamdulillah Allah permudahkan segala  Urusan. Pukul 1tghari macam tu da boleh keluar.
Suka sgt. Eh suka tak suka la lepas tu bermula lah episod berpantang plus tak cukup tido ni. Hee
Itu je kisah dan pengalaman aku. Lain org lain pengalaman dia. Yang mommy to be tu jgn takut doa bnyak2 moga Allah permudah urusan kita semua. Amin :)

Apa yang aku amalkan masa mengandung solat yang wajib tu jgn tinggal lah kan. Pastu buat solat  hajat lepas solat fardhu tu tiap2 hari tapi ikut kemampuan lah kan kalau tak larat jangan paksa la. Hee mintak nga Allah mudah nk bersalin. Mintak ampun nga suami, mak, ayah, family, kawan2 semua lah. Baca surah yang patut baca.  Doa bnyak2. Itu la yang kerap aku amalkan yang lain pn ada tapi yang lebih sikit la heee. Alhamdulilah Allah mudahkan. 

 So Nama baby hasil pencarian yang singkat tak sangka nak keluar  awal ni. Muhammad Syauqi Najwan bin Safwan *kerinduanku kemenanganku*  InsyaAllah.

Oke la kita stop sini dlu. Tata. Gambar baby di lain entry ler ni pn pakai phone. Hee. 

Thursday, 5 November 2015

Pengalaman bersalin anak pertama

Assalamualaikum..

Hai ols. Macam tak de org je ni hee. Nak bagitahu kita da bersalin Alhamdulillah pada 12 Julai 2015 jam 6.50pg selamat melahirkan baby boy seberat 2.48kg. Baby da tiga bulan lebih. Hahahha baru beriya nak update blog. Eh tak kisah la kan blogger sendu macam i memang macam ni. Al kisah macam ni cerita dia..........

: 11 Julai 2015 :

Malam tu aku rasa sakit perut tapi bukan sakit yang contraction tu tapi sakit perut yang macam nak membuang. Ada la dua tiga kali aku masuk tandas tu tapi rasa sakit da lain macam. Terus kejut Uncle wan gitau sakit perut tapi aku cakap la sakit perut nak membuang tu Uncle wan kata oke la tu. Hoihh!! Hahah dia mamai-mamai lagi sebab baru sampai kg mlm tu. Penat lagi. So aku tengok jam pukul 3lbh pagi. Nak kejut mak aku kesian lak jap lagi nak bangun sahur lgipun aku sakit perut nak mmbuang je pn. Aku bia kan dlu dalam pukul 4 stgh macam tu aku g dapur sbb biasa mak aku bangun waktu tu. Terus gitau yang macam aku gitau kat Uncle wan tu. Tapi masa ni aku ulang alek ke tandas lagi. Pukul 5 tu sakit tu rasa lain dah rasa mengeras tu. Aku konpius lagi ni ke rasa contraction??? Huhuhu masa ni semua orang da bngun nak sahur. Aku rasa sakit dia tu selang lima minit macam tu. Mak aku cakap betul da tu nak bersalin da tu. Tapi aku biarkan diorg makan dlu. Yang aku tok sah kata la mmg tak de selera nak mkn da. Tapi ayah kita suruh kita minum air milo sikit :( oh ayah terima ksh. Huhuhu tapi mmg ak minum seteguk je.

Kemas apa yang patut lagipn beg baby nga aku pnya da prepare awal2 da. Angkut masuk kereta je. Sepatutnya mmg da sedia dalam kereta tapi disebabkn aku nga Uncle Wan still lagi jauh aku kat kampung Uncle Wan keje tapi kene sediakan siap2. Yang sentiasa ada nga suami tu letak je dalam kereta siap2. Aku cuba secool yang boleh walaupun sakit dia tu datang. Bila rasa contraction tu ak tunduk sikit. Sambil usap usap perut tu. ;(  yang pergi aku mak dan Uncle wan je. Masa dalam kereta pun sakit contraction tu still lagi selang lima minit gitu.

Sampai hospital terus ke wad bersalin nga mak aku Uncle Wan g park kereta. Masa ni kene bawak buku merah nga kad pengenalan kita. Masuk je nurse tanya sakit macam mna, ada tanda apa2 tak? Aku gitau aku sakit perut je. Lepas tu kita diorang suruh tukar baju dlu. Warna pink hee. Siap tukar kena timbang masa ni berat aku da 46kg. Da turun. Mgkin keluar masuk tandas tadi kot. Huhuhu siap trus baring atas katil di satu sudut ni untuk check CTG baby. Tapi masa ni dia pnya sakit contraction tu rasa nak cabut semua wayar dan CTG kat perut tu. Masa ni boleh sebut Allah Allah je. Aku dtg mmg tak de tanda apa pn. Keluar air pun tak, keluar darah pn tak.

Dah la sejuk, aku gitau kat nurse yang aku sejuk. Nurse tu terus buka langsir tu bagi kurang sikit sejuk tu. Aku ni pratiiii je nurse tu, apasal la dia tak off kan terus aircond tu sejukkkkk la huhuhu. Sampai satu tahap tu rasa sakit dan aku rasa ada air keluar. Masa ni nurse dtg nak check jalan. Tak sakit pn. Bagi aku la mngkin aku rasa sakit contraction lagi  kot pastu igt apa yang aku baca, masa nurse check tu tarik nafas dalam2 kurang sikit rasa sakit InsyaAllah . Tgk ada darah mknanya darah da keluar. Nurse tu terus suruh aku tukar Katil.

Masuk labour room tu. Masa ni pagi aku rasa aku sorang je dalam tu. Pastu syukur alhamdulillah sgt, Semua nurse dalam ni adalah perempuan. :) Allah rasa syukur sgt lah. Rasa lega sgt2. Masa nurse tu check jalan tu ye kata da 7cm ptt la rasa sakit sgt td.. Masa dalam labour room tu sempat baca doa nabi Nuh tu. Baca je. Tiba2 rasa mngeras tu kuat sgt. Dan sakit sgt2. Aku da tak boleh duduk diam da masa ni. Nurse dtg check jln lagi ye kata da 10cm da kalau rasa contraction tu dtg teran je.

Oke. Teran tak jugak keluar. Masa ni da tak igt tarik nafas dalam ke pendek ke mmg tak igt langsung. Huhuu. Pastu aku ni trtnggu tnggu mna Uncle Wan ni? Rupanya dia g solat subuh. Sebelum dia msuk tu adalah dua tiga kali aku teran tapi tak berjaya.

Oh ye aku nak bgtahu aku tak sempat pun telan ubat selusuh tu. Minyak pn kitorg tak buat. Siap nurse tu tnya aku ada ambil ubat selusuh ke tak.

Oke sambung bab teran hahahha.. Lpas je Uncle Wan dtg trus rasa semngat. Dia usap2 kepala aku selawat kt telinga ni ;( masa ni aku pegang cadar ye tak igt lansung kena pegang pergelangan kaki tu. Nasib baik nurse yg tolong igtkn. Baru aku rsa selesa. Hewhew.

Bila Uncle Wan kata da nmpak kepala dia terus teran sekuat hati. ;) yg nurse pulak tak habis2 puji kata aku pandai teran. Saja lettew nk bg kita semngat hee. Bila keluar je  baby aku blurrr. Bunyi bby nangis.  Bila letak je atas dada aku terus senyap dia. Allah je tahu persaan masa tu. Syukur Alhamdulillah. Masa Uncle Wan azan air mata ni keluar je. Sedih. Gembira. Tak percaya semua ada.
;) sepatutnya due aku 18 Julai tapi keluar awal lak. Mgkin dia tggu papa dia balik malaysia ni. Heee

Panjang pulak entry ni. Kita stop dulu la untuk proses yg seterusnya. Hee. Dak kecik ni bangun da.
Oke tata.

Thursday, 28 May 2015

Mengidam ke?

Assalamualaikum..

Haaa.. dah makin terbiar blog ni. Tak lama lah tu nak dibiarkan berhabuk. ekekeke..
Itu hari rasa nak makan kek yang ala-ala ada rasa creamy-creamy rasa buah gitu. So dengan muka ala-ala manja pujuk Uncle Wan g beli kek. Manja tak manja la kan. bahaha. Aku pun naik menyampah dengan diri sendiri  -__- !

So, pusing punya pusing macam tak deeeee je kedai kek kat kawasan rumah aku ni. Eh ke aku dengan Uncle Wan yang tak tahu. Situasi ni malam, jadi malas la pulak nak terus ke bandar nu.

Last-last Uncle Wan stop dekat secret receipe. Oh ada ea secret receipe sini. Iyo lah yang aku ni hanya suri rumah sepenuh masa bila nak keluarnya. Time-time gini ler yang boleh chek out nya. Hahaha sedih hidup. Tapi aku oke je. Hee.

Terus masuk " Kak red velvet satu" gituuu. hahahah masa order tu rasa air liur penuh satu mulut. hoiiii hahaha maaf lah pengotor pulak rasa. kah! yang Uncle Wan macam biasa tiramisu dengan dia memang tak dapat dipisahkan. 

Pastu tangan tu manjang jer nak cebok  red velvet aku punya. Hahaha. Sedap dia tak dapat di sangkal-sangkal lagi. Habis licin aku telan. Uncle Wan punya tiramisu pun aku cebok sikit. Biasa cepat jugak rasa muak tapi malam tu rasa macam tak cukup! -..- 
nafsu syaitonirojimmmm betol.

Masa ni aku preggy 6month dah. Jadi persoalanya aku ni mengidam ke mengada-ngada? hahaha
Orang cakap kalau mengidam ni time preggy 1mnth-4mnth macam gitu je. Kalau dah sampai 6mnth ni apa cerrr? heee idok lah aku tahu. Tapi yang pasti aku rasa nak makan. Nafsu semata-mata! adoii. 

Semalam nak makan durian pulak. Alhamdulillah dapat gak. tapi aku makan dalam 4 ulas je. Tak de rasa panas pun. Oke lagi. Heeee. Jadi boleh la repeat order. :p




Pipi tu dah boleh kunyah dah aku rasa. -__- lahaiii. 

Tata.



Monday, 25 May 2015

Pengalaman Mengandung : Keperluan Barang Baby Dan Barang Ibu

Assalamualaikum..

Hai korang, perut dah makin membesar dengan jayanya ni heee tapi kan akak misi cakap perut kita kecik je  hhuhu tak pe baby dan ibu sihat-sihat aje :)  sekarang susah nau nak tidur malam nih. ngiring kiri tak kena ngiring kanan tak kena. Kadang baru je nak lelap dup dup Baby buat regangan kaki dan tangan. huhuhu.. layan la dlu kejap :') Kadang Uncle Wan yang usik dia eh! makin ligat dia,  ni memang  ibu yang akan buat sidekick nih. huwaa! nak tido pleaseeee  :(

Tapi seronok! hahaha tak paham dengan diri sendiri.

Dengan keadaan sekarang ni aku dah list kan beberapa barang keperluan kami. Terutamanya Baby lah. Ada dah yang aku beli dah siap basuh dah pun packing dalam beg siap-siap. Cuma ada la lagi yang tak beli kita tunggu Baby dah besar nanti boleh la shoping lagi. Mueheheh.
Ada yang di sponsor oleh Mak-mak sedara dia. Eh yang ni ibu suka. kekeke.


Keperluan Barang Baby


Ini apa yang aku dah campur-campurkan dengan blog-blog ibu yang lain yer.
Apa yang aku rasa perlu dan tak perlu buat masa ni lah. Kang rasa perlu beli je lah. hee..


Keperluan Barang Ibu


Barang-barang untuk ibu ni tak banyak sangat untuk di beli. Ini jugak aku campurkan sekali dan pilih mana yang aku rasa perlu dan tidak. :)

List ni pun untuk panduan aku sendiri gak sebenarnya selagi baby tak keluar selagi tu la duk belek and check hahaha. padahal benda sama je. Jangan ada yang tertinggal sudah.
Harap semua berjalan dengan lancar.

Tata.