Pages

Saturday 24 August 2013

:: Kisah Sebiji Batu ::

Assalamualaikum....


Tajuk :
Batu yang Menangis

Dalam Risalah al-Qushairiyyah dikisahkan bahawa seorang nabi berjalan di tepi sebiji batu kecil.
Dilihatnya ada air yg mengalir keluar dari batu itu. Ketika nabi itu memandang dengan hairan kpd batu itu, Tuhan menjadikan batu itu dapat berkata-kata lalu ia berkata, " sejak saya mendengar Tuhan Yang Maha Tinggi berfirman : 'Neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu' (al-Baqarah 2:24), maka saya tidak dapat menahan tangis kerana takut!"

Nabi itu kemudian berdoa kepada Allah agar melindungi batu tersebut. Kemudian Allah menurunkan wahyu kepadanya : " Aku telah melindunginya daripada api neraka ".

Nabi itu pun pergi. Ketika dia kembali, dia melihat air masih keluar daripada batu itu. Sekali lagi dia berasa hairan. maka Tuhan kembali menjadikan batu itu dapat berkata-kata. Nabi itu bertanya kepadanya, "Mengapa kamu tetap menangis, sedangkan Tuhan mengampunimu (tidak memasukkanmu ke dalam neraka)?"

Batu itu menjawab, " Tangisan ini bukan kerana kesedihan dan rasa takut. Sekarang saya menangis kerana rasa syukur dan bahagia".

Sekian.

p/s: Syukurlah dgn apa yang kita ada..

:)

sumber: Galeri Ilmu : SyedAlwiAlatas

















No comments:

Post a Comment