Pages

Friday 6 November 2015

Pengalaman bersalin anak pertama part 2

Assalamualaikum..

Ada part-part bagai ni hahaa aku pn tak tahu nak letak tajuk apa. Senang letak je part by part tu. So sambung yang baby da keluar tu aku cium baby tu panas je dia :') Syukur alhamdulillah. Tak tahu nak  kata apa tu je yang mampu betapa besar kuasa Dia. 

Nurse g bersihkan baby tu. Aku still lagi stay kat katil tu diorg nak cuci semua tu. Aku siap tanya lagi banyak tak luka tu. Nurse tu ckp bagus la awk tak de luka pn :)))) snyuman terus terukir di bibirku sampai ke telinga kekekek. Alhamdulillah skali lagi. Da bersih. Aku dibiarkan berehat kejap nanti diorg akan dtg bagi air milo suam nga biskut bagi tenaga sikit. Lama jgak la duk termenung dalam tu tak boleh pejam mata. Tak sabar nk tgk baby hee. 

Tiba-tiba dtg sorang nurse ni bwak bby :') oloooooo. Nurse tu kata bagi susu kat baby. ??????? Masa ni da cuak sbb tak reti nak bagi masa baring. Nurse tu cepat je ajarkan sbb baby da nangis. Dapat terus senyap. Lapar lettew. Heee

Tapi kejap je nurse tu ambil balik sebab dia nak cucuk kat bahu tu. Oke je. Sementara baby tgh cucuk  aku kena tukar baju untuk ke wad. Baju labour room lain. Untuk wad lain. Ooooo gituuu. Heee siap semua terus diorg tolak masuk wad. Tapi masa ni aku gitau kat nurse tu nak bagi uri ni kat mak aku. Mak aku mmg ad je setia menunggu kat luar. Oh mak terima ksh. :) kita da jadi mak ! Hee

So org kedua yg tgk baby adalah Tok Mek dia. Yang pertama Papa ye. Siap semua terus ambil gambar dulu kat group wssap famly nk tgk org baru ni ha. Sebab lepas aku masuk wad diorg tak boleh teman. Tapi kalau malam boleh tu pn perempuan sahaja. Mmg Tok Mek la yang jadi mangsa tu hee. Terima ksh Tok Mek muacch! :p

First diorg dapat gambar tu " ooo ikut belah Melakau ni , hidung pn belah Melaka" oke baiklah kita ngaku hidung kita kembang Setaman. :p *syukurlah ada hidung*

Malam tu ditemani mak kita. Esoknya baby da kencing and berak terus boleh keluar wad tapi baby ni lambat pula nak kencing and berak ni. Aku da risau takut kuning kan.. Alhamdulillah Allah permudahkan segala  Urusan. Pukul 1tghari macam tu da boleh keluar.
Suka sgt. Eh suka tak suka la lepas tu bermula lah episod berpantang plus tak cukup tido ni. Hee
Itu je kisah dan pengalaman aku. Lain org lain pengalaman dia. Yang mommy to be tu jgn takut doa bnyak2 moga Allah permudah urusan kita semua. Amin :)

Apa yang aku amalkan masa mengandung solat yang wajib tu jgn tinggal lah kan. Pastu buat solat  hajat lepas solat fardhu tu tiap2 hari tapi ikut kemampuan lah kan kalau tak larat jangan paksa la. Hee mintak nga Allah mudah nk bersalin. Mintak ampun nga suami, mak, ayah, family, kawan2 semua lah. Baca surah yang patut baca.  Doa bnyak2. Itu la yang kerap aku amalkan yang lain pn ada tapi yang lebih sikit la heee. Alhamdulilah Allah mudahkan. 

 So Nama baby hasil pencarian yang singkat tak sangka nak keluar  awal ni. Muhammad Syauqi Najwan bin Safwan *kerinduanku kemenanganku*  InsyaAllah.

Oke la kita stop sini dlu. Tata. Gambar baby di lain entry ler ni pn pakai phone. Hee. 

1 comment:

  1. Cik Naaaaaa, teruja Cik Lah baca pasal kelahiran Baby Syauqi. Semoga Baby Syauqi menjadi anak yang soleh, taat dan berbakti kepada ibu bapa ya. Mudah-mudahan. Amin :)

    ReplyDelete