Pages

Monday 6 June 2016

Selamat datang ramadhan 2016

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan tahun ni, bertiga. Kalau dulu masa kerja design, sibuk masing-masing nak design pasal ramadhan. Tengok sapa punya yang paling cun tapi simple. Huhuhu. Pastu sibuk upload kat fb, ig dan ofkos blog. 

Sebenarnya blog aku nih tak ada gambar sebab aku menaip pakai phone je. Lappy aku tak boleh nak on hukhuk. Dah suruh Uncle Wan baiki, paham-paham aje lah kena suruh pat belas juta kali baru siap aku punya laptop tu. Jadi, kita menaip ikut suka yang nak diceritakan jelah ea. heeee.

Sekarang baru nak feel puasa sebenar sebagai seorang isteri. Maksud aku kat sini adalah, yang kena kunci jam 2 3 kali bunyi baru nak bangun tu, panaskan lauk, kejut suami bangun dan aku rasa mungkin si kecik tu pun turut serta nanti. 😏 Puasa tahun lepas, aku mengandungkan Syauqi. Lepastu Uncle Wan pulak keja di luar kawasan masa tu hahaha jadi aku kena puasa dekat kampung la. Uncle Wan nun di sana ketja, balik pn 2 minggu sekali macam tu. Tak berapa nak feel sangat la puasa walaupun dah kahwin. Gituuu hehe. Puasa tu puasa la tapi konon-konon nak bangun panaskan lauk semua tu la. Cehhh. 

Aku dari dulu memang tak suka kunci jam. Tapi sebelum tidur tu dh kata nanti kan nak bangun pukul berapa. Kadang tepat pada waktunya kadang terlajak pn ada. Tidur tu macam jaga-jaga jugak la. aku dah suruh Uncle Wan yang kunci jam, kan nanti bunyi dia kejut je aku. Hahahha boleh macam tu? Janji aku tak dengar bunyi alarm yang super dasyat tu, kang set alarm tu bunyi perlahan tak bangun sahur pulak. Jadi yang tu kita serahkan pada Uncle Wan. Kahkahkah.

Entah macam mana puasa tahun ni dengan Si kecik ni lagi. Yang pasti mesti meriah meja makan aku walaupun bertiga je. Huhuhu. Syauqi sekarang dah nak makan sendiri. Apa yang kitaorang makan mesti dia pun nak jugak. 😩 
Tapi kadang aku denga Uncle Wan gelak je 🙄 Dah tak tahu nak buat apa. Hahahha. Sabooor ajelah nak oiii. 

Harap tahun ni ramadhan kita semua dalam rahmat Allah. InsyaAllah. 😊
Sape-sape yang order untyk susu khalish sila whatsapp ye. 010 432 2931.
 Puasa ni elok lah minum boleh dijadikan makanan tambahan. InsyaAllah tak rasa lapar sepanjang hari walaupun puasa. So jangan malu jangan segan, whatsapp kita yer. 

Selamat berpuasa semua. ☺️ 
Tata.

No comments:

Post a Comment