Pages

Thursday 21 May 2015

Pengalaman Mengandung : Bleeding atau Pendarahan

Assalamualaikum..

Tak tau kenapa semenjak dua tiga empat lima menjak ni aku rajin sangat update blog ni pastu share pasal entry mengandung dan illustrasi aku ni haa. hahahaha. Sementara masih ingat ni aku campak je semua kat sini ye.

Dan sebelum tu bukan apa aku buat entry mengandung ni nanti senang aku godek-godek balik blog ni kan boleh tengok apa yang terjadi dekat aku time mengandung anak first ni nanti untuk anak kedua macam mana pulak pe'el dia :p hahah yang ni pun tak lepas lagi. Dah jom sambung, dalam aku merasa seronok seksa alahan tu aku masih lagi buat kerja rumah tu. Eh bukan apa sangat pun kemas-kemas macam biasa la. Sebab masa ni aku dah berhenti kerja  dah. So, dari tak dak apa nak buat tu moh la kita kemas rumah kan. Bukan nak kata aku ni rajin ke apa huhuu tapi sekadar tolong Mak kan. Tak salah pun.

Pada hari kejadian tu Mak dan Ayah aku tak de kat rumah tinggal aku sorang-sorang ja, dari dapur ke ruang tamu, dan lagi satu ruang tamu aku kemas. Dah tak de orang, masa ni la syok nak mengemas. hee. Masa ni baru beberapa minggu tak silap aku dalam 6w gitu la. 

Dah setel tu semua aku kemas pulak dalam bilik. Haaaa Masa ni dia mai ni hiks! masa ni banjir dekat Kelantan yang teruk gila tu yang dekat Kuala Krai tu kan. Haaa masa tu la, yang aku ni kemas baju-baju yang dah berlonggok kat dalam almari tu yang tak muat la ada yang aku dan kakak aku dah tak pakai kan tapi still lagi elok. Baju-baju tu semua untuk aku dermakan kat mangsa-mangsa banjir kat Kelantan.  

Dalam satu plastik besar gak aku dapat kumpul, masa ni dah bagitau akak aku yang aku nak kemas baju-baju dia yang dah tak muat dan tak nak pakai tu. Masa ni akak aku tak de dekat Kg. kerja Alor Setaq hee. Dia oke je aku bagi baju dia untuk didermakn tuh. Aku kemas la  apa yang patut, dah setel tu masa nak angkat plastik tu rasa semacam je keluar -_-' ye yang perempuan mesti paham maksud aku tu huhuhu 

Terus g toilet, Oke 'dia' ada. tapi sikit je la. Tapi dah nama first time mengandung kan mestilah aku cuak  sebab tak de orang kat rumah. Sempat lagi aku mandi semua. Boleh kata aku rilex lagi la. hurmmm dalam hati cuak sanagt-sangat!

Tiba-tiba akak ipar aku datang. Fuhhh lega yang amat! terus pong pang pong pang cerita kat dia. Apa lagi yang dia punya gelabah tu terus ajak aku g klinik sakit puan. huhu. Masa nak keluar tu kebetulan Mak dan Ayah aku balik. Lagi la suruh cecepat pergi klinik. Aku yang pada mulanya rilex nii terus ada gelabah pulak. hahahah.

Bila dah sampai Klinik tu, Doktor scan semua kan. Alhamdulillah baby masih ada :') Doktor kata mungkin rahim aku tak berapa kuat kot lagipun anak sulung. gituuu.
Tapi tu pun tak nampak sangat. Sebab masih kecil kan. Doktor kata InsyaAllah tak de apa. Tapi kalau ada rasa sakit yang berterusan dan darah keluar dengan banyak terus kena pergi ke Hospital.

Doktor ada cakap lagi, benda macam ni takut jadi mengandung di luar rahim. Aku tanya macam mana tu doc? hahah maafkan Ibu-To-Be ini. Biasa lah benda dah jadi baru sibuk nak google lepas tu. haih la!
Doktor gitau, mungkin ovum kita ni tak masuk betul-betul dalam rahim dan dia hanya melekat dekat dinding rahim sahaja. gituuuu. Tapi bahaya oke kita kena alert jugak benda-benda macam ni walaupun baby dalam kandungan masih oke. Ada rasa sakit tapi tak kuat sangat. Memang lepas tu aku hanya dibenarkan rehat je dan tak lupa makan ubat asdi folid tu. Memang tak skip punya. Sebab ramai sangat yang tukang membebelnya. Ramai sangat yang sayang kita ni :') heee.

Pendarahan tu ambil masa dalam 3 hari. Aku dah rasa cuak pikir macam-macam "eh baby ni ada lagi ea?" huuu tapi aku positifkan diri. Kebetulan Mak sedara aku ada datang rumah hari tu saja jalan-jalan. Tanya la dia semua tu sebab dia ada pengalaman kan. Mak Sedara aku cakap lepas pendarahan tu kalau kita masih ada rasa loya-loya tak boleh bau macam-macam tu maknanya baby still ada lagi dalam perut kita. Tapi tak boleh nak main agak je kan. Better pergi jugak la Hospital. Buat pemeriksaan seterusnya. Jangan menyesal di kemudian hari sudah la kan. huhuh

Tapi esoknya terus Mak aku suruh pergi buat buku merah tu. Ish awal lagi ni. Terus kena bebel sebab ada berlaku pendarahan kan. Harus pergi buat nanti senang Doktor akan ada rekod kita dan dipantau untuk setiap pemeriksaan. Ya baiklah Bonda Anakanda menurut perintah berdesuuppppp pergi -_-' hahah  

6w aku dah buat buku merah tu. Misi kat situ pun gtau cepat sangat datang buat buku ni. Aku pun cerita la dari A to Z barulah diorang ooooo. Ermmmm No komen. hahahha. Lepas dari tu setiap bulan rutin wajib bagi setiap bakal Ibu adalah ke Klinik untuk buat pemeriksaan.Heee. So far Alhamdulillah Baby dalam kandungan oke. Sampai lah waktu ni 30w dah. Sihat je dia. 
Doa-doakan lah jugak biarlah sampai waktunya aku selamat dan dipermudahkan bersalin yer. :)
Tak sabar dan takut. hiks!

Tata.



















No comments:

Post a Comment