Pages

Saturday 31 August 2013

Selamat Hari Kemerdekaan ke 56

Assalamualaikum..hai..

2013...kemerdekaan yang ke 56...malaysia bebas...

itulah nak cerita hari ni belom terlambat lagi kan..heee...tapi sebelom apa-apa kita nak gitau yang merdeka tahun ni..adalah sama ngan umor mak kita..yang ke 56..mak kita lahir pada tahun 1957..tapi mak kita punya beday 07.05.1957....weee...walau macam mana sekalipun..aku sayang sangat mak aku..yea la semua orang sayang mak kan..heee...

so, merdeka! merdeka!merdeka...kahkahkah...baru nak kecoh kot..tak pew la janji da wish kan..hukhuk..
ni jea la kau mampu bagi..




Tata..




Saturday 24 August 2013

Gentlements Dignity..

Assalamualaikum..


Bukan nak cite pasal lelaki pada entry kali ini yew.. ini drama korea..aku tekankan lagi sekali DRAMA KOREA.. kau dah kenapa nak sebut 2 kali bagai kan siap capital latter lagi..huahau.. K-pop kew pulak ko ni nina oitt!!...ermmmmm...nina menjawab bukan k-pop tetapi korean drama sahaja..ke sama jew?huhu diri ini tidak tahu kerna yang aku tahu diorang ni semua bapak ahh kuit a.k.a kiut amboih sampai camtu sekali kiutnya..

Lupakan pasal kekiutan mereka itu..yang aku nak bercerita adalah cerita ini lerr..cerita disebalik cerita maknanya aku cite kat korang pasal cite ni dalam blog aku iaitu tempat aku selalu bercerita pasal kehidupan aku kat blog ni jua...muahah..aku pun tak paham apa yang taip...mohon maaf di atas kesulitan yang berlaku... (@ _ @)

Best woo cite ni.. tahap keterujaan aku pada cite ni salah satunya adalah ...sampaikan aku up satu entry pasal cite ni..dan paling ketara adalah aku  pulun tengok cite ni sampai pukul 2 3 pagi..esoknya bangun nak mandi merangkak ke bilik ayor..sambil tutup mata..time nak make up cuba tutup eye bag bawah mata tuuuuu...huh! sungguh tidak adil di situ..tapi saja cari penyakit namanya tu..jadi don't blame it..huhu

tapi...sungguh aku royak nih..best..diorang ada 4 hero dan ofkos 4 heroin..semua dah tua-tua era 40an giteew..tapi encem tetap ad..kata koreaaa...kan...pftt..nak cerita detail sangat pun kang nanti ada yang tak muat dalam entry ni jadi kita skip mana yang patut..

cite ni unsur romantik komedi...suka jew..sambil beromantik tu ada lawak dia kan..cite kisah penglaman diorang masng-masing dari sekolah menengah lagi berkawan sehinggalah diorang kawen..memang sempoi habis..hero pertama.. arkitek single..hero dua.. peguam yang kematian isteri..ke tiga arkitek gak partner company ngan hero pertama tadi.. bujang tapi umo dah meningkat dan ada adik perempuan yang minat sangat dekat member dia yang peguam tu tadi.. yang keempat dah kawen dan mempunyai masalah ngan bini dia...dari sini lah heroin-heroin ni wujud nanti sebab diorang bersangkut paut dengan awek masing-masing..huahua...korang kena tengok tahu..sebab kalau aku terangkan kompen tak paham..aku sendiri pun tak paham apa yang aku taip apatah lagi korang kan..hurmmm...

Itu je lah kot sinopsis aku.muahaha...jadi moral kat sini aku nak bagitahu korang semua adalah..jom lah tengok..tengok baru buleh pahamm..kennn...

hero-hero... *dari belah kiri hero3, hero1, hero2 & hero4* hihi.



ngan heroin masing-masing*soryy gambar tecik ni pun mintak ehsan kat atok n nenek google*

maap kerana ter-up pulak gambar ni..salah satu hero n heroinnya..yang encem..bagi aku la kan...suka tengok pasal diorang ni..huhuuhu

oh!! maap lagi sekali...hahahahahah....alahai.... >_<


jadi marilah sama-sama meng eye bag kan lagi bawah mata ni..huhuh...

itu jew lah nak share kan..
mungkin ada yang peminat korean drama ni yang dah tengok kan...yang tak tengok jom sama-sama ngan aku...

tata...jom makan *makan jew keje ko kan*... =)



































:: Kisah Sebiji Batu ::

Assalamualaikum....


Tajuk :
Batu yang Menangis

Dalam Risalah al-Qushairiyyah dikisahkan bahawa seorang nabi berjalan di tepi sebiji batu kecil.
Dilihatnya ada air yg mengalir keluar dari batu itu. Ketika nabi itu memandang dengan hairan kpd batu itu, Tuhan menjadikan batu itu dapat berkata-kata lalu ia berkata, " sejak saya mendengar Tuhan Yang Maha Tinggi berfirman : 'Neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu' (al-Baqarah 2:24), maka saya tidak dapat menahan tangis kerana takut!"

Nabi itu kemudian berdoa kepada Allah agar melindungi batu tersebut. Kemudian Allah menurunkan wahyu kepadanya : " Aku telah melindunginya daripada api neraka ".

Nabi itu pun pergi. Ketika dia kembali, dia melihat air masih keluar daripada batu itu. Sekali lagi dia berasa hairan. maka Tuhan kembali menjadikan batu itu dapat berkata-kata. Nabi itu bertanya kepadanya, "Mengapa kamu tetap menangis, sedangkan Tuhan mengampunimu (tidak memasukkanmu ke dalam neraka)?"

Batu itu menjawab, " Tangisan ini bukan kerana kesedihan dan rasa takut. Sekarang saya menangis kerana rasa syukur dan bahagia".

Sekian.

p/s: Syukurlah dgn apa yang kita ada..

:)

sumber: Galeri Ilmu : SyedAlwiAlatas

















Monday 19 August 2013

Lagu Pencuri : Mark Adam

Assalamualaikum..


Hikhik..suko dulu...lagu ni kuit a.k.a kiut sangat la...comeyyy jerr...u olss, aku tak tau la cane kan..halwa telinga memasing ni kita tak leh nak force..giteeewww...

Mula-mula dengar pun ku senyum sorang-sorang..giler kot dari darjah satu tuu..
tapi aku ngan uncle Wan dari sem satu...sempat lagi...wee  >_<

:: jom layan.... ::



Itu saga..sebelom lunch!! lapo...

Oke Tata..








Sunday 18 August 2013

:: Design 2

Assalamualaikum..

sekarang ni banyak bebenor orang menempah bunting kawen..iyew la bebaru ni kan musim cuti sekolah..pastu raya lak tu kan..

Jadi ni salah satu design bunting kawen yang telah aku siapkan untuk customer..



Yang ni lak bunting pasal bulan membaca...kan sekarang dah dekat adik-adik kita ni nak exam kan..kira bersemangat la sikit diorang ni nak belajor kan...huuhu...



Inilah antaranya dulu ea..nanti ada masa aku update lagi pasal design ni...

tata..

(^_^)v














Download Vector Free

Assalamualaikum..

Oke hari ni kita nak kongsi nga korang semua pasal vector..kalau ada benda alah ni memang sonang nak buat kerja..sebenarnya bukan main utama jugak tapi tambahan untuk mencantikan lagi sesebuah design tu..tapi sebenarnay dia jugak memainkan peranan penting...alaaaaaa..kira senang cite semua penting la janji idea tuh meletopsss bak hang...! 
  

Ni link web tersebut..kalau korang berminat boleh la usha-usha..


korang pun share la nga kita web vector lain...boleh??
cer bagi link kat blog kita ni...kita nak usha-usha gak..heee..

thanks... 

(^_^)v

Saturday 17 August 2013

Nak Kongsi Satu Benda Ni

Assalamualaikum..


Kan..panjang la sangat tajuk aku tu..hee...xpew yang isi kat dalam ni jugak adalah yang salah satunya penting jugak aku nak share...
saje aku nak share..aku pun bukan sempurna sangat..ada kelemahan jugak jadi sama-sama lah kita ubah diri kita sendiri...kalau bukan kita sendiri siapa lagi kan?tak kan shahiziey sam kan..eh?hahah silap.

Jadi inilah benda yang aku sharing is caring tuh..sama-sama lah kita bermuhasabah diri..renung-renungkan dan selamat beramal.. =)






Tata.. (^_^)v




Friday 16 August 2013

Raya 2013

Assalamualaikum..

Haih !! lama gilerrr x bukak blog kesayangan nih..macam biasa lah alasan yang tetap sama..malasssszzzz..z...z...z.. =)

So, aku rasa tak terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat hari raya *kan sampai 30 syawal* buat semua yang mengenali diri ini walaupun tak pernah bersua muka...hanya kenal dalam maya jew kan...tapi kita baik-baik kan??huhu...

Macam biasa lah, raya tahun ni sama dengan raya lepas-lepas..cumaa...tahun ni rezeki aku lebih sikit jadi duit raya untuk anak-anak buah ada la sikit kan..alhamdulillah...

Lemang, ketupat, tapai dan rendang macam biasa jugak menu yang wajib mak, ayah dan family aku buat..memang WAJIB BUAT..!.. tapi sampai sekarang kami adik beradik tak dapat mewarisi buat ketupat palas..susah woooo....pusing sana pusing sini last-last aku punya jadi segi empat...hahah.... akak aku yang sulong sahaja berjaya buat masa sekarang itu pun memerlukan bimbingan lagi.. InsyaAllah akan berjaya suatu hari nanti..impian okey..huhu..

Tema kitorang punya baju raya tahun ini adalah peach..weeee...homei sangat warna ni...lembut je kan..kakak-kakak dan abang-abang aku yang dah berfamily diorang ada tema diorang sendiri..ada yang kaler hijua ler,merah,koko dah macam coklat nips..comey je..colourfulll...

Dah siap sembahyang raya kiorang akan makan dulu..kat rumah ni hari raya pertama akan buat menu nasi..tak kiralah nasi dagang kew..nasi arab kew..nasi impit kew..janji nasi..tahun ni punya kitaorang buat nasi beriani..yum..yum....dah siap soro barulah ada sesi bermaaf-maafan...dan berselca...selca..selca..dan selca..hahahha nampak tak kat situ punya gila bergambar..ala aku tahu korag pun memang cenggitu kan...??tak pew kita sama.. tapi bila ada tetamu datang nak beraya, stop jap..pastu sambung lagi..dan lagi..

Dah rasa anak mata tu dah tak boleh pandang lensa kamera barulah kitorang angkat bontot pegi beraya umah sedara mara..dah agak petang balik rumah..aku terus sambung makan dan tidur..kuikuikui...

jadi itulah pada hari raya pertama....

setakat itu sajalah dulu ye..tata..

eh lupa kita nak kongsi benda ni sikit..